Tarikh | : 9 Ogos 2017 |
Masa | : 2.00 petang - 4.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 12 orang |
Tujuan
kelas ini dihadiri oleh 12 orang pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan taklimat mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak. Antara modul yang dikongsikan bersama pelajar seperti maklumat palsu, buli siber, berkongsi secara berlebihan ( oversharing) dan penipuan internet. Petugas menyampaikan taklimat mengenai Advokasik Klik Dengan Bijak seperti modul -modul yang diajar untuk memberikan penerangan kepada pelajar untuk tidak salah menggunakan internet. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang kebaikkan dan keburukan internet semasa di kelas atau di luar kelas.
Aktiviti
Para pelajar diajar cara untuk memastikan sama ada kandungan maklumat yang diterima sahih atau palsu. Selain itu, pelajar diajar untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa buli siber dan suka berkongsi maklumat secara berlebihan kerana akan membahayakan keselamatan pelajar. Penipuan internet diajar kepada pelajar supaya pelajar tidak mengambil langkah yang salah. Contohnya, jika ada seorang yang menelefon pelajar dan ahli keluarga dengan meminta membuat transaksi kepada akaun orang lain, mereka hendaklah membuat laporan di balai polis berhampiran. Seterusnya, membiuat kuiz untuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).