Tiada artikel dalam kategori ini. Jika sub-kategori dipaparkan di laman ini, ia mungkin mengandungi artikel.

Sub-kategori

       Ramai anak muda pada zaman kini lebih menumpukan kerjaya dalam bidang kerajaan atau swasta. Mereka berpendapat, mendapat gaji bulanan adalah sesuatu yg lebih mudah berbanding menceburkan diri dalam bidang keusawanan. Tetapi, ramai juga yang tidak sedar bahawa bidang keusahawanan ini juga boleh dijadikan "side income" jika kita bersungguh-sungguh mahu menceburinya.

      Seni kaitan benang adalah salah satu jenis kraftangan yang terdapat di Malaysia. Bagi Nurul Shahida, minatnya yang mendalam terhadap seni kaitan benang sejak zaman persekolahan membuatkan beliau terus berusaha mencari ilmu yang berkaitan sehingga berjaya menghasilkan produk yang cantik dan menarik. Hasil kait ini juga dijadikan hobi pada masa lapang sambil menjana pendapatan setiap bulan. Kata Nurul Shahida, beliau tidak kisah kerana perlu bekerja di rumah sahaja kerana dalam masa yang sama boleh menjaga sendiri kedua-dua orang anaknya. Menurut beliau lagi, beliau mahu meneruskan legasi seni kaitan benang ini kerana tidak mahu ianya terus ditelan zaman. Jika ada peluang, beliau juga mahu membuka kelas untuk mereka yang mahu mempelajari seni kaitan benang seterusnya memperkenalkan produknya di dalam dan luar negara.

        Antara produk yang dihasilkan adalah seperti berikut:

  • Topi/headband kanak-kanak
  • Beg tangan
  • Bekas botol air
  • Bekas telap kueh raya
  • Bekas tisu
  • Kerongsang
  • Alas meja

                      

Sebarang pertanyaan atau tempahan bolehlah hubungi:

Puan Nurul Shahida

Kampung Jawa Lenga, Muar

019-7619485