BALAI POLIS BUKIT KEPONG
Rata-rata pelancong tempatan dan luar negara memilih Balai Polis Bukit Kepong sebagai destinasi menarik untuk dilawati. Balai polis yang pernah menyaksikan pertempuran sengit antara tentera komunis dan pihak polis benar-benar menyayat hati. Kisah tragik ini telah mencuri hati pelbagai pihak termasuk karyawan filem tempatan sehingga peristiwa berdarah tersebut difilemkan untuk tatapan generasi seterRata-rata pelancong tempatan dan luar negara memilih Balai Polis Bukit Kepong sebagai destinasi menarik untuk dilawati. Balai polis yang pernah menyaksikan pertempuran sengit antara tentera komunis dan pihak polis benar-benar menyayat hati. Kisah tragik ini telah mencuri hati pelbagai pihak termasuk karyawan filem tempatan sehingga peristiwa berdarah tersebut difilemkan untuk tatapan generasi seterusnya.usnya.
Dua buah kereta perisai dan sebuah kapal menghiasi perkarangan utama balai polis ini. Sebuah batu peringatan yang menceritakan serba sedikit tentang peristiwa Balai Polis Bukit Kepong menjadi tatapan pengunjung yang datang. Setibanya pengunjung di perkarangan balai polis ini, pengunjung pasti berasa sayu mengenangkan kejadian yang berlaku pada malam pertempuran itu. Selain polis, kanak-kanak dan wanita turut terkorban dalam pertempuran tersebut. Lebih menyayat hati, mereka dibakar tanpa belas kasihan.
Diharapkan peristiwa hitam ini menjadi iktibar dan pedoman terutamanya bagi generasi sekarang yang dapat hidup dalam keadaan yang aman hasil perjuangan generasi nenek moyang dahulu.