hfmd poster
 
Penyakit HFMD mudah menjangkiti orang lain terutamanya kanak-kanak di premis tempat tumpuan mereka seperti taska dan tadika. Bilangan kes HFMD dijangka akan terus meningkat kerana kesedaran dan keprihatinan ibu bapa membawa anak yang mengalami gejala HFMD berjumpa pengamal perubatan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan. Ini menyebabkan peningkatan kes kerana HFMD adalah penyakit yang perlu dinotifikasikan kepada pihak kesihatan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988. Bagi tahun 2018, sehingga hari ini tiada kematian disebabkan HFMD atau enterovirus 71 (EV71) dilaporkan di Malaysia. 
 

Pihak KKM ingin mengingatkan orang ramai, khususnya ibu bapa, pengusaha taska/tadika/pra-sekolah serta pihak sekolah terlibat untuk:

  • Tidak membawa anak yang dijangkiti HFMD ke tempat-tempat awam / sekolah / taska / tadika / pusat asuhan kerana boleh merebakkan jangkitan;
  • bawalah anak ke fasiliti kesihatan berhampiran sekiranya menunjukkan gejala HFMD.
  • Sentiasa mengamalkan budaya mencuci tangan dengan sabun dan air bersih selepas ke tandas, selepas menukar lampin dan selepas menyentuh / merawat lepuh;
  • Membersihkan alatan mainan dan perkakasan yang digunakan oleh kanak-kanak serta lantai rumah termasuk tandas dengan menggunakan larutan campuran kloroks;
  • Memastikan pembuangan lampin pakai-buang dibuat dengan betul; dan
  • Membuat saringan di pintu masuk bagi memastikan kanak-kanak tiada tanda-tanda jangkitan HFMD sebelum masuk ke kelas.

Penyakit Virus Zika

Apakah virus Zika?

Virus Zika merupakan salah satu virus dari jenis Flavivirus. Virus ini memiliki persamaan dengan virus denggi, berasal dari kelompok arbovirus.



Bagaimana cara penularan virus Zika?

Virus Zika menular melalui gigitan nyamuk. Nyamuk yang menjadi vektor penyakit Zika adalah nyamuk Aedes, didapati dalam jenis Aedes aegypti untuk daerah tropikal, Aedes africanus di Afrika, dan juga Aedes albopictus pada beberapa daerah lain. 

Nyamuk Aedes merupakan jenis nyamuk yang aktif di siang hari, dan dapat hidup di dalam mahupun luar. Virus zika juga boleh disebarkan oleh Wanita Ibu Hamil pada janinnya semasa kehamilan.



Siapa yang berisiko terinfeksi virus Zika?

Sesiapa yang tinggal atau mengunjungi area yang terinfeksi dengan virus Zika memiliki risiko untuk terinfeksi dan tertular virus zika ini termasuk ibu hamil.

Gejala Tanda Infeksi Virus Zika

1 diantara 5 orang yang terinfeksi virus zika menunjukkan gejala. Antara gejala infeksi virus zika adalah demam, kulit berbintik merah, sakit kepala,lenguh sendi, sakit otot, sakit kepala, kelemahan dan terjadi peradangan conjunctiva. 

Pada beberapa kes zika dilaporkan terjadi gangguan saraf dan komplikasi autoimun. Gejala penyakit ini menyebabkan kesakitan meningkat selama 2-7 hari. 

Penyakit ini kerap kali sembuh dengan sendirinya tanpa memerlukan ubat yang khusus. Jika keadaan tubuh baik penyakit ini dapat pulih dalam tempoh 7-12 hari.

Komplikasi Akibat yang ditimbulkan dari infeksi virus Zika

Pada beberapa kes suspek Zika dilaporkan juga mengalami sindrom Guillane Bare. Namun kes ini masih lagi dalam kajian.


Jenis pemeriksaan virus Zika untuk ibu hamil

Pada minggu pertama demam, virus Zika dapat dikenalpasti daripada serum melalui RT-PCR.

Apa yang harus dilakukan jika dijangkiti dengan virus Zika?

Jika anda dijangkiti dengan virus Zika, maka anda perlu melakukan perkara yang berikut :

  • Melakukan pemeriksaan di hospital berdekatan
  • Mendapatkan rehat yang cukup
  • Minum air yang cukup bagi mencegah dehidrasi
  • Jangan mengambil aspirin atau ubat-ubatan yang mengandungi NSAID (non steroid anti inflammation) dan lain-lain.

1. Klinik Desa Pekan Lenga

 

 

Peranan institusi kesihatan seperti Klinik Kesihatan Desa amat penting dalam meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat. Ini kerana institusi itu berperanan menambah paradigma dan amalan hidup masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar dan pinggir bandar serta mempunyai latar belakang sosial ekonomi rendah.

 

Klinik Desa Pekan Lenga terletak 300m dari Pekan Lenga. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • Pencegahan penyakit dan rawatan ringan khususnya kepada ibu dan kanak-kanak.
  • Penjagaan kesihatan warga tua dan keperluan khas kanak-kanak istimewa selain program khas yang diperkenalkan bagi meningkatkan tahap kesihatan individu dan keluarga.
  • Menyampaikan mesej kesihatan kepada penduduk di tempat mereka bertugas.
  • Meningkatkan taraf kesihatan penduduk di bawah jagaan mereka.

 

Bangunan asal yang dikenali klinik bidan telah diubah suai dari segi reka bentuk bangunan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa.