1. Klinik Desa Pekan Lenga
Peranan institusi kesihatan seperti Klinik Kesihatan Desa amat penting dalam meningkatkan mutu kesihatan dan keceriaan hidup di kalangan masyarakat. Ini kerana institusi itu berperanan menambah paradigma dan amalan hidup masyarakat terutama mereka yang tinggal di luar dan pinggir bandar serta mempunyai latar belakang sosial ekonomi rendah.
Klinik Desa Pekan Lenga terletak 300m dari Pekan Lenga. Antara perkhidmatan yang disediakan adalah:
- Pencegahan penyakit dan rawatan ringan khususnya kepada ibu dan kanak-kanak.
- Penjagaan kesihatan warga tua dan keperluan khas kanak-kanak istimewa selain program khas yang diperkenalkan bagi meningkatkan tahap kesihatan individu dan keluarga.
- Menyampaikan mesej kesihatan kepada penduduk di tempat mereka bertugas.
- Meningkatkan taraf kesihatan penduduk di bawah jagaan mereka.
Bangunan asal yang dikenali klinik bidan telah diubah suai dari segi reka bentuk bangunan mengikut kesesuaian dan keadaan semasa.