Tarikh | : 6 Disember 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri oleh 4 orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memperkenalkan kepada pelajar cara untuk menggunakan Dashboard Komuniti. Pengenalan dalam modul Dashboard iaitu myplace, mykomuniti, myhealth, mysoal dan myshop. Memberikan tunjuk kepada pelajar cara untuk menggunakan modul Dashboard.
Aktiviti
Para pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk menggunakan modul dalam Dashboard Komuniti. Pelajar diajar cara untuk membuat pengemuman di dalam mykomuniti, membuat aduan di dalam mysoal, pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah dalam myhealth, kegunaan myskool, mempromosikan produk di myshop dan menandakan tempat menarik, tempat makan, tempat bersejarah dan rumah penginapan dalam myshop.