Tarikh : 10 Mac 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari asas media baru . Petugas memberikan penerangan kepada para pelajar kegunaan media baru dan cara menggunakan dengan betul. Para pelajar diberikan beberapa contoh media baru daripada petugas seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Petugas juga memberikan taklimat mengenai klik dengan bijak kepada para pelajar.

Aktiviti

Petugas menunjukkan tutorial cara untuk mencipta akaun facebook. Selepas itu, para pelajar diajar untuk menggunakan facebook seperti tetapan dalam facebook,memuat naik gambar dan status, menambah rakan-rakan dan menggunakan dengan betul. Petugas juga mengadakan taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak kepada para pelajar. Modul Klik Dengan Bijak yang disampaikan kepada para pelajar adalah perkongsian berlebihan,buli siber, maklumat palsu dan penipuan dalam kewangan supaya para pelajar tidak salah dalam menggunakan media baru.

Gambar Disini