Tarikh : 17 Mac 2018
Masa : 8.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Dataran Tepian Sungai, Panchor
Peserta : 47 orang

 

Tujuan

Program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti untuk berhati-hati dalam menggunakan internet. Oleh itu, petugas memberikan penerangan mengenai klik dengan bijak kepada komuniti dan modul nya seperti maklumat palsu, penipuan kewangan dan perkongsian berlebihan. Selain itu, memperkenalkan aplikasi Dashboard dimana ia merupakan salah satu aplikasi untuk memudahkan komuniti membuat hebahan, menjual barangan , penjagaan kesihatan, tempat yang menarik dan pertanyaan soal kepada pihak berkuasa tempatan (PBT). 

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalan adalah seperti memperkenalkan Advokasi Klik Dengan Bijak. Penerangan dan kuiz untuk Advokasi Klik Dengan Bijak. Memuat turun aplikasi Dashboard dan kegunaan dalam setiap modul. Seterusnya, cara untuk log masuk dalam aplikasi, cara untuk post dalm mykomuniti, membuat aduan atau soalan dalam mysoal, myskool untuk sekolah, myhealth untuk pemeriksaan tekanan darah dan berat badan, myshop untuk memasuk dan mempromosi barangan dan myplace untuk menandakan tempat menarik. tempat makan, pengangkutan dan lain-lain untuk dikongsikan kepada komuniti.

Gambar Disini