Tarikh | : 18 Januari 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 05.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seramai 2 orang pelajar. Mempelajari cara untuk mencari gambar di google dan membuat suntingan gambar menggunakan photscape. Seterusnya, pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk mencari gambar menggunakan google dan cara untuk menyimpan di fail serta suntingan gambar di photoscape.
Aktiviti
Aktiviti yang diadakan adalah mencari bahan di google. Pelajar diberikan tugasan untuk mencari gambar yang menarik di google untuk dijadikan sebagai latar belakang untuk membuat suntingan gambar. Selain itu, pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk menyimpan gambar yang dicari di fail komputer. Seterusnya, pelajar mempelajar cara membuat suntingan gambar di photoscape. Pelajar membuat suntingan seperti tulisan, bahagian pencahyaan dan lain-lain untuk menghasilkan gambar yang cantik dan menarik. Akhirnya, pelajar mengetahui cara untuk menggunakan google chrome dan photoscape.