Tarikh : 5 Februari 2020
Masa : 09.00 pagi - 10.00 pagi 
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 15 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri seramain 15 orang pelajar Tabika Kemas Pekan Lenga. Kelas bertujuan untuk mempelajari cara permainan secara pembelajaran. Permainan yang disediakan untuk pelajar adalah permainan Klik Tertikus, mewarna gambar dan mencari huruf dan nombor. 

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan bersama pelajar adalah bermain permainan Uptoten . Permainan uptoten merupakan permainan seperti puzzle, mewarna, kenali huruf.Para pelajar bermain permainan klik tertikus dengan menekan gambar-gambar dan akan menghasilkan warna pada gambar yang diklik. Seterusnya, permainan keybooard dimana pelajar harus menggerakkan objek tersebut menggunakan tanda anak panah kiri,kanan, atas dan bawah.Oleh itu, permainan seperti ini meningkatkan kemahiran ICT kepada pelajar.

Gambar Disini