Tarikh : 16 Julai 2020
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Maokil
Peserta : 4 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri seramai 4 orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk mempelajari cara untuk menggunakan web atau aplikasi Shopee sebagai medium untuk menjadi usahawan. Selain itu, pelajar juga mempelajari cara untuk mendaftar sebagai penjual di Shopee.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan asas menggunakan Shopee. Pendaftaran sebagai penjual atau pembeli di Shopee. Selain itu, asas menjadi penjual dalam Shopee dengan cara untuk memasukkan nama perniagaan, nama kedai, produk atau barangan. Pelajar juga mempelajari cara untuk mempromosikan barangan atau produk dalam Shopee secara pemasaran yang disediakan di Shopee. Akhirnya, cara untuk membuat semakan barangan atau produk yang dijual di Shopee serta cara untuk menghantar barangan yang dipesan melalui poslaju atau kurier yang disediakan.

Gambar Disini