Tarikh : 27 Julai 2020
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada surirumah sepenuh masa. Kelas shopee yang dianjurkan adalah untuk menarik dan meningkatkan para-para surirumah yang meniaga secara online atau offline untuk menceburi bidang perniagaan secara atas talian seperti platform Shopee. Platform shopee ini memboleh para usahawan meniaga dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar atau komputer. Justeru itu, ia akan meningkatkan kemahiran usahawan dalam menjual barangan atau produk.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan adalah mendaftar sebagai penjual di Shopee. Mempelajari teknik pemasaran secara asas termasuk cara untuk memuatnaik produk, alamat , pembelian pelanggan dan cara untuk menguruskan pesana sekiranya ada pelanggan yang membeli produk di Shopee. Pelbagai teknik yang diajarkan untuk usahawan bagi meningkatkan penjualan produk seperti berkongsi link-link didalam kumpulan Whatsapp atau media sosial yang berkaitan. Disamping itu, dengan cara ini akan meningkatkan pendapatan sampingan usaahawan.

Gambar Disini