Tarikh | : 5 Ogos 2023 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : PEDi Pekan Lenga |
Peserta | : 9 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri serama 9 orang pelajar yang terdiri daripada pelajar sekolah rendah. Tujuan kelas ini diadakan untuk memberikan peluang kepada pelajar mempelajari STEM dengan menghasilkan 'Paper Horse Race'bersama-sama dengan staf PEDi Pekan Lenga.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah seperti melihat tayangan youtube untuk membuat paper horse dengan cara yang betul. Seterusnya, sediakan kertas a4, pembaris, gunting dan pensil. Selain itu, bersedia untuk membuat kotak pada kertas a4 dengan contoh yang ditunjuk oleh staf PEDi. Akhirnya, menghasilkan Horse dengan menggunakan kertas dan pertandingan "Paper Horse Race" bersama-sama para pelajar yang lain.