Tarikh | : 10 November 2022 |
Masa | : 10.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Sekolah Kebangsaan LKTP Bt27 Lenga |
Peserta | : 60 orang |
Tujuan
Program Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar sekolah rendah. Tujuan program ini diadakan untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan internet dengan betul. Selain itu, aktivit dalam kumpulan bersama pelajar.
Aktiviti
Aktiviti yang diadakan seperti taklimat KDB, sesi soal jawab (Kuiz) dan permainan dalam kumpulan. Antara permainan yang dijalankan adalah Kuiz KDB dalam tablet, musang berjanggut, mencari perkataan dan radio karat.
Tarikh | : 18 September 2022 |
Masa | : 09.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : PEDi Pekan Lenga |
Peserta | : 15 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk usahawan mempelajari cara untuk membuat sticker produk dan QR kod whatsapps . Dengan ini, usahawan dapat menghasilkan sticker produk mengikut kreativiti.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah menghasilkan sticker menggunakan Canva. Usahawan diberikan tunjuk ajar menggunakan canva untuk menghasilkan sticker produk barangan atau perkhidmatan. Seterusnya, mempelajari cara untuk membuat QR kod dan meletakkan qr kod dalam sticker produk. Dengan ini, akan memudahkan pelanggan untuk membuat urusan atau tempahan kepada usahawank.
Tarikh | : 21 Julai 2022 |
Masa | : 10.00 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : Sekolah Kebangsaan Lenga |
Peserta | : 35 orang |
Tujuan
Seramai 35 orang pelajar telah menyertai Program Klik Dengan Bijak bersama PEDi Pekan Lenga dan berkolaborasi bersama Pihak Sekolah & PEDi Felda Lenga . Program ini mendapat sambutan yang menggalakan dari pihak sekolah dan murid. Program yang dianjurkan ini mengenai Taklimat KDB serta permainan pembelajaran. Hal ini, akan meningkatkan kemahiramn berfikir untuk murid-murid.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama pelajar antaranya Taklimat KDB, Kuiz Spontan KDB, Permainan seperti 'fikir secara kreatif", bingo KDB, Word Search KDB dan lain-lain. Aktiviti dapat meningkatkan minat kepada murid untuk mengenali modul-modul KDB dan berfikir untuk menggunakan internet serta media sosial dengan cara yang betul.
Tarikh | : 24 September 2022 |
Masa | : 07.30 pagi - 1.00 petang |
Lokasi | : PEDi Felda Maokil |
Peserta | : 115 orang |
Tujuan
Progran Hari Bersama Komuniti (HBK) tahun 2022 gabungan tiga PEDi Felda Maokil , Pekan Lenga dan Kg Raja. Program ini adalah untuk mengeratkan dan memperkenalkan PEDi kepada komuniti setempat mengeai perkhidmatan yang disediakan.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dijalanakn antaranya zumba, mewarna tabika dan dewasa. Selain itu, diteruskan dengan quiz KDB bersama pelajar sekolah menengah. Terdapat juga, aktiviti sukaneka untuk bersama komuniti setempat. Aktiviti lain adalah pameran agensi, booth usahawan PEDi dan lain-lain lagi.
Tarikh | : 24 Jun 2022 |
Masa | : 03.00 petang - 05.00 petang |
Lokasi | : PEDi Pekan Lenga |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan bersama pelajar adalah berasaskan penggunaan keyboard dan kemahiran menaip. Pelajar belajar menaip dengan pantas berdasarkan ujian "Typing Fast". Disitu, pelajar dapat melihat markah (skor) setelah menaip berdasarkan perkataan yang tunjuk dan dapat menaip dengan betul. Selepas itu, pelajar cuba menaip menggunakan Microsoft Word dengan masa yang diberikan untuk melihat kecekapan dan tiada salah ejaan serta quizizz KDB.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah menaip pantas dengan skor markah. Latihan menaip dengan menggunakan Microsoft Word dan Quizizz KDB