Tarikh | : 16 Februari 2021 |
Masa | : 10.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Mempelajari cara menggunakan google bagi melakukan tugasan yang diberikan di sekolah seperti mencari maklumat dan gambar-gambar berkaitan..
Aktiviti
Antara aktiviti yang dipelajari oleh pelajar adalah cara mencari maklumat menggunakan kata kunci serta mencari gambar-gambar yang berkaitan dan muat turun gambar tersebut bagi digunakan dalam tugasan.
Tarikh | : 3 Februari 2021 |
Masa | : 10.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Memberi pendedahan kepada komuniti mengenai pentingnya mendidik anak tentang bahaya di dunia siber
Aktiviti
Video memaparkan mengenai kepentingan mendidik anak mengenai bahaya di dunia siber adalah sama seperti orang dewasa. Jadi ibu bapa harus mengajar dan memantau anak-anak yang menggunakan internet agar tidak terjebak dengan bahaya.
Tarikh | : 17 Disember 2020 |
Masa | : 09.00 pagi - 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Mempelajari teknik ekonomi dan perdagangan bersama pelajar-pelajar UTHM secara online. Pembelajaran ini berdasarkan subjek perniagaan yang diambil oleh pelajar. Sesi pembelajaran memperkenalkan konsep-konsep perniagaan secara asas untuk para pelajar.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dipelajari oleh pelajar adalah konsep perniagaan yang asas seperti mengenal jenis perniagaa, bentuk perniagaan dan lain-lain. Seterusnya mempelajari jenis-jenis agensi atau jabatan yang menyediakan perkhidmatan untuk mengembangkan perniagaan dari segi kewangan atau kursus yang disediakan. Ini sedikit sebanyak akan meningkatkan pengetahuan kepada pelajar.
Tarikh | : 24 Disember 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : Facebook Pusat Internet Komuniti Pekan Lenga |
Tujuan
Tutorial yang diadakan ini untuk komuniti atau rakan facebook di Pusat Internet Komuniti Pekan Lenga mempelajari cara untuk mengedit gambar menggunakan telefon. Dengan ini, sesiapa sahaja boleh edit gambar dengan menggunakan telefon pintar dengan cara dan teknik yang betul.
Aktiviti
Tutorial tersebut mengajar cara untuk edit gambar menggunakan tools yang ada dalam telefon. Antara cara untuk mengawal filter, cahaya, contrast dan lain-lain. Ini akan meningkatkan kemahiran komuniti atau rakan Facebook mempelajari cara edit dengan cara asas dan mudah.
Credit : SMASHPOP
Tarikh | : 16 Disember 2020 |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : Facebook Pusat Internet Komuniti Pekan Lenga |
Tujuan
Memberikan tunjuk ajar kepada komuniti setempat atau rakan di Facebook mempelajari cara untuk menukarkan file PDF kepada Microsoft Word secara atas talian. Berdasarkan video yang ditunjukkan dalam Facebook PIK Pekan Lenga.
Aktiviti
Aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran komuniti untuk mempelajari pembelajaran secara video dengan menontotkan tutorial cara untuk menukarkan file PDF kepada Microsoft Word dengan cara yang mudah. Dalam video tersebut menunjukkan cara untuk menukar file online dengan mencari web yang menyediakan pertukaran file secara percuma. Hal ini akan meningkatkan kemahiran komuniti dalam ICT.