Tarikh | : 20 November 2020 |
Masa | : 09.00 pagi - 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 1 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan ini untuk para pelajar mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Word dan membuat email. Oleh itu, para pelajar diberikan tunjuk ajar secara asas untuk menggunakan Microsoft Word dan cara untuk mengggunakan terutama untuk membuat surat atau minit mesyuarat. Selain itu, mempelajari cara untuk mendaftar email menggunakan gmail.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalan adalah mempelajari menggunakan Microsoft Word seperti menaip surat, membuat minit mesyuarat dan mempelajari tools yang boleh digunakan dalam Word. Ini akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan Microsoft Word. Seterusnya, mempelajari cara untuk mendaftar email dengan menggunakan gmail.
Tarikh | : 23 November 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan ini bertujuan mempelajari cara untuk menggunakan Webex sebagai persedian para guru untuk mengajar pelajar secara atas talian. Oleh itu, guru-guru tersebut diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan Webex secara asas untuk mereka melakukan sesi pembelajaran kepada pelajar. Dapat meningkatkan kemahiran guru-guru untuk membuat kelas secara atas talian.
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan adalah pendaftaran Webex. Seterusnya, tutorial menggunakan Webex dan fungsi-fungsi yang ada dalam Webex. Membuat persediaan untuk mengadakan kelas atas talian bersama pelajar. Justeru itu, akan meningkatkan kemahiran para guru untuk mengggunakan Webex pada masa akan datang.
Tarikh | : 17 Oktober 2020 |
Masa | : 10.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan untuk para pelajar mempelajari asas menggunakan Microsoft Word. Pelajar diajar cara untuk menggunakan Microsoft Word dengan cara untuk menaip di dalam teks, cara untuk memasukkan gambar dalam teks dan lain-lain. Kemahiran asas ini akan meningkatkan pengetahuan pelajar dalam menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah cara untuk masukkan gambar dalam Microsoft Word. Cara untuk meletakkan gambar mengikut kesesuaian untuk satu page satu keping gambar atau lebih. Belajar cara untuk menaip dalam Microsoft Word. Petugas memberikan tugasan dengan meminta pelajar untuk menaip semula task tersebut dengan masa yang ditetapkan. Oleh itu, ini dapat meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan papan kekunci dengan cekap dan cepat. Meningkatkan kemahiran ICT pelajar.
Tarikh | : 17 Oktober 2020 |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan ini untuk para pelajari cara menggunakan Google Chrome. Para pelajar diajar cara untuk mencari bahan rujukan atau menyiapakan kerja sekolah yang diberikan. Mempelajari cara untuk mencari bahan atau nota kerja sekolah menggunakan carian internet. Ini akan memastikan para pelajar tahu menggunakan internet dengan betul.
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan adalah mencari bahan atau gambar dalam internet. Belajar cara untuk memilih gambar atau nota yang bersesuaian dengan tajuk yang diberikan. Selain itu, para pelajar mempelajari cara untuk menyimpan gambar yang diambil di internet dalam fail komputer. Cara untuk memuat turun nota atau menyalin nota dalam internet. Ini akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan internet.
Tarikh | : 21 September 2020 |
Masa | : 02.00 petang - 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan ini untuk mempelajari modul-modul yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak. Modul-modul yang disampaikan kepada pelajar adalah seperti Maklumat Palsu, Penipuan Kewangan, Perkongsian Berlebihan dan Buli Siber. Selain itu, setiap modul ditayangakn bersama video-video sebagai contoh yang lebih jelas untuk para pelajar.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah menjawan kuiz KDB dalam Kahoot. Kuiz tersebut adalah berdasarkan modul-modul KDB untuk menilai kefahaman para pelajar berkaitan KDB. Dengan cara akan melahirkan pelajar yang celik ICT dan bijak menggunakan internet secara betul dan berhemah.