Tarikh : 18 Disember 2019
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari 
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 6 orang pelajar.   Mempelajari cara untuk menggunakan Microsoft Word secara asas seperti belajar menaip, membuat karangan , membuat surat rasmi dan lain-lain. Justeru itu, kelas ini membantu pelajar untuk menggunakan Microsoft Word.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dilakukan ialah membuat karangan berdasarkan gambar yang diberikan. Selain itu, pertandingan menaip pantas dengan sebutan yang disebut untuk menilai tahap kepantasan dan ejaan para pelajar.  Para pelajar telah mengetahui cara untuk menggunakan Microsoft Word.

Gambar Disini

Tarikh : 20 November 2019
Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang 
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk pelajar mempelajari cara untuk membuat video. Pelajar diberikan tunjuk ajar asas dalam membuat video. Selain itu, pelajar dikenalkan dengan pelbagai web atau apps yang sesuai untuk membuat video dan suntingan. Seterusnya, mempelajari cara untuk membuat rakaman atau video menggunakan telefon pintar dan menghasilkan video yang menarik.

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan adalah membuat rakaman menggunakan telefon pintar dan filmora edit. Seterusnya, memasukkan rakaman dan gambar dalam komputer untuk suntingan. Pelajar membuat pilihan untuk dimasukkan dalam video. Sesi pelajar membuat suntingan video dengan cara memasukkan gambar atau video, memilih latarbelakang, membuat teks, memasukkkan muzik dalam video. Akhir sekali, pelajar telah mengetahui cara untuk membuat video secara asas.

Gambar Disini

Tarikh : 4 November 2019
Masa : 08.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan ini adalah memberi kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan internet dengan cara yang betul dan selamat. Pelbagai aktiviti yang diadakan berdasarkan modul dalam Klik Dengan Bijak. Selain itu, program  ini  juga menggalakkan para pelajar untuk lebih berhati-hati untuk melayari internet secara bijak dan tidak mudah terpengaruh dengan penipuan dalam internet. Petugas memberikan taklimat kesedaran untuk para pelajar dan kesan terhadap kesilapan dalam menggunakan internet dan media sosial.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan sepanjang program adalah Taklimat Klik Dengan Bijak dan tayang video. Petugas memberikan penerangan dalam modul seperti maklumat palsu, buli siber, perkongsian berlebihan dan penipuan internet. Setiap modul KDB diselitkan dengan video untuk kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar. Seterusnya, permainan secara berkumpulan seperti Pusingan Jentikkan, Tali Wonderpet, Basket Ball, puzzle KDB, Wordseacrh KDB,Puzzle KDB dan Quiz KDB. Setiap aktiviti ini akan memberikan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Akhir sekal, penyampai hadiah dan sijil untuk para pelajar.

Gambar Disini

 

Tarikh : 9 November 2019
Masa : 08.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Sek Keb Pekan Pagoh
Peserta : 26 orang

 

Tujuan

Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Pekan Pagoh. Seramai 26 orang pelajar lepasan UPSR. Program advokasi yang diadakan ini memberikan kesedaran dan taklimat kepada pelajar tentan penggunaan internet, telefon pintar dan media sosial. Oleh itu, taklimat dan video KDB seperti maklumat palsu, buli siber, perkongsian berlebihan dan penipuan internet. Selain itu, penerangan tentan Mobile E-waste dan Check Your Label.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah kuiz KDB, perkataan dalam perkataan, perkataan terbalik, likaran bulatan, bingo KDB dan radio karat. Setiap aktiviti tersebut diadakan dalam kumpulan dan markah akan dikumpul untuk penilaian teakhir. Aktiviti seperti perkataan dalam perkataan dimana pelajar perlu kreatif dan berfikir untuk membuat perkataan lain dengan mengembangkan perkataan tersebut. Selain itu, perkataan terbalik pula pelajar perlu meneka dan menulis semula perkataan tersebut. Secara tidak langsung akan memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar contohnya kerjasama dan tidak pentingkan diri. Aktiviti ini juga akan memberikan kefahaman yang jelas cara penggunaan internet dengan tidak mudah mempercayai berita atau ganjaran yang diberikan.

Gambar Disini

Tarikh : 20 Oktober 2019
Masa : 08.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : SMK Munshi Ibrahim Labis
Peserta : 25 orang

 

Tujuan

Program yang dijalankan adalah untuk pelajar PT3 SMK Munshi Ibrahim, Labis. Pengisian program ini adalah para pelajar bijak dalam menggunakan internet dengan cara betul dan berhemah. Selain itu, pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama para pelajar seperti taklimat KDB,tayang video dan permainan secara berkumpulan. Petugas Pusat Internet memberikan taklimat KDB melalui berapa modul berkaitan dengan kesedaran dalam kehidupan seperti maklumat palsu, penipuan kewangan, buli siber dan perkongsian lebihan. Dengan taklimat akan melahirkan pelajar yang celik ICT.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti disediakan seperti, taklimat KDB dan tayang video. Seterusnya, permaianan musang berjanggut, bingo KDB, tali wonderpet dan radio karat. Permainan secara berkumpulan akan meningkat nilai-nilai murni kepada para pelajar seperti kerjasama, tolak ansur, toleransi dan lain-lain. Aktiviti sedikit sebanyak dapat memberikan kesegaran kepada para pelajar.Akhir sekali, penyampaian hadiah untuk para pelajar.

Gambar Disini