Tarikh | : 3 Oktober 2019 |
Masa | : 08.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lenga |
Peserta | : 19 orang |
Tujuan
Program yang dijalankan adalah program untuk pelajar lepasan UPSR Sek Keb Kampong Bharu Lenga. Program ini dihadiri seramai 19 orang pelajar. Pelbagai aktiviti yang diadakan untuk para pelajar seperti taklimat KDB & Mobile E-waste, permainan bingo KDB, permainan Si Peka dan Bisu,puzzle KDB daN Word Seacrh KDB. Aktiviti seperti ini dapat memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang penggunaan internet dan nilai-nilai murni dalam berkumpulan.
Aktiviti
Aktiviti yang dilakukan adalah senam aerobik dan zumba untuk para pelajar. Seterusnya, permainan Si Buta & Bisu dimana permainan adalah untuk melihat kerjasama dan kepekaan mendengar arahan dari seorang ahli kumpulan yang menjadi bisu yang memberi arahan dengan hanya membuat tepukan atau hentakkan untuk memberi arahan untuk melangkah dan berjalan, malah ahli kumpulan yang buta haruslah peka dengan arahan untuk tersebut supaya berjaya sampai ke garisan penamat. Selain itu, permainan Bingo KDB, Puzzle KDB, Quizizz dan Word Search KDB. Diteruskan dengan taklimat KDB dan tayangan video berkaitan modul dan cara penggunaan internet dengan betul bagi melahirkan para pelajar yang celik ICT dan bijak dalam membuat tindakan dalam pengguan internet. Akhir sekali, sesi penyampaiam hadiah dan sijil untuk para pelajar.
Tarikh | : 3 Oktober 2019 |
Masa | : 08.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lenga |
Peserta | : 25 orang |
Tujuan
Program yang dijalankan dihadiri seramai 19 orang pelajar dari Sek Keb LKTP BT27 lenga. Pelbagai akitivi yang dijalanakn sepanjang program yang pada hari tersebut. Selain itu, program ini merupakan Program Advokasi Klik Dengan Bijak iaitu cara untuk menggunakaan internet dengan betul dan modul-modul yang berkaitan dengan internet. Program ini diisiakan dengan aktiviti berkumpulan bersama pelajar dan petugas Pusat Internet.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dijalankan bersama para pelajar adalah senam aerobik untuk kecergasan badan. Seterusnya, aktiviti secara berkumpulan iaitu permainan peka dan bisu, permainan teka silang kata KDB, permaian daya tangan dan lain-lain. Selain itu, taklimat dan tayangan video KDB dan Mobile E-waste. Taklimat KDB yang diberikan adalah maklumat palsu, buli siber, perkongsian berlebihan dan penipuan kewangan. Petugas PI memberikan penerangan dan contoh setiap modul tersebut untuk memberikan kejelasan dan kefahaman untuk para pelajar bijak dalam membuat sesuatu perkara atau penyebaran maklumat di media sosial atau rangkain internet. Akhir sekali, penyampain hadiah dan sijil untuk para pelajar.
Tarikh | : 16 September 2019 |
Masa | : 08.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Program yang diadakan ini adalah Pertandingan Quizizz Klik Dengan Bijak bersama pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Pertandingan yang diadakan ini untuk menilai keupayaan pelajar tentang kefahaman mengenai Advokaksi Klik Dengan Bijak mengenai kelebihan dan kekurangan dalam penggunaan interent dan modul yang diterangkan kepada pelajar.
Aktiviti
Aktiviti yang diadakan adalah tayangan video Klik Dengan Bijak kepada pelajar. Tayangan video adalah untuk memberikan contoh kepada para pelajar tentang modul yang diterangkan seperti buli siber, perkongsian berlebihan dan lain-lain. Selepas itu, menjawab soalan Quizizz secara online dengan menggunakan telefon pintar. Akhir sekali, penyampaian hadiah kepada para pemenang.
Tarikh | : 20 September 2019 |
Masa | : 08.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Perpustakaan Dewa kg Jawa |
Peserta | : 15 orang |
Tujuan
Program yang diadakan adalah kombinasi bersama dengan Perpustakaan Desa Kg Jawa dan Tabika Kemas Kg Jawa. Kelas yang diadakan ini adalah untuk para pelajar mempelajari cara untuk mengeja dan mengenal haiwan ,benda serta sebutan untuk menyebut perkataan tersebut. Mempelajari idea kreativiti bersama pelajar.
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan bersama pelajar adalah menjawab soalan berdasarkan gambar yang diberika. Selain itu, para pelajar mempelajari cara untuk menyebut dan mengeja perkataan tersebut. Seterusnya, membuat tapak tangan menggunakan kad manila. Para pelajar melukis tapak tangan , menggunting dan melekatkan tapak tangan tersebut. Hasilnya, tapak tangan tersebut boleh dijadikan kipas, hiasan dan lain-lain.
Tarikh | : 19 Ogos 2019 |
Masa | : 08.15 pagi - 01.15 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : Pengunjung Program |
Tujuan
Program Lectari ICT dan Cakna Kesihatan Pusat Internet Pekan Lenga diadakan untuk melestarikan perkhidmatam dan pusat ICT kepada komuniti setempat. Program ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara Pusat Internet Pekan Lenga dengan komuniti setempat. Selain itu, dengan adanya Cakna Kesihatan ia membolehkan komuniti setempat untuk membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma dan pada-pada bila masa di Pusat Internet.
Aktiviti
Aktiviti dimulakan dengan acara senam atau zumba bersama pelajar tabika kemas dan pengunjung yang hadir. Seterusnya, aktiviti sukaneka kanak-kanak untuk pelajar tabika. Acara sukaneka ini mengeratkan hubungan diantara komuniti dan para pelajar. Selain itu, aktiviti diteruskan dengan pelbagai aktiviti seperti Mewarna, Pertandingan Makanan Sihat, Pertandingan Bingo & Tekan Silang Kata Lestri ICT & Cakan Kesihatan,Taklimat Penjagaan Gigi dan Taklimat KDB. Pelbagai aktiviti dan pertandingan yang dijalankan bersama para pelajar dan pengunjung yang hadir. Akhir sekali, penyampian hadiah kepada para pemenang dan perasmian dari wakil MPKK untuk merasmikan Program Lectari ICT & Cakna Kesihatan Pusat Internet Pekan Lenga 2019.