Tarikh : 14 Ogos 2019
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 24 orang

 

Tujuan

Peserta terdiri daripada pelajar-pelajar dan guru dari PDK (Pemulihan Dalam Komuniti). Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada para pelajar dan guru mengenai KDB (Klik Dengan Bijak). Advokasi KDB mempunyai beberapa modul antaranya adalah maklumat palsu, buli siber, penipuan kewangan dan perkongsian lebihan. Dengan adanya kelas KDB ini akan meningkatkan pengetahuan dan cara untuk mengatasi sekiranya terdapat penipuan atau menyebar berita yang tidak sahih.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti teka silang kata KDB.Permainan teka silang kata ini dilakukan dalam kumpulan dimana setiap soalan dan jawapan adalah berdasarkan penerangan mengenai KDB yang dipantau oleh setiap guru PDK disetiap kumpulan. Seterusnya, aktiviti bingo KDB, aktiviti ini sama permainan bingo nombor tapi dibuat dalam perkataan seperti maklumat palsu, buli siber dan lain-lain. Aktiviti akan mengingatkan para pelajar dan guru mengenai konsep dan taklimat KDB.

Gambar Disini

Tarikh : 18 Ogos 2019
Masa : 11.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Dihadiri seramai 10 orang pelajar yang dar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas yang diadakan ini adalah untuk para pelajar mengetahui pusat-pusat kesihatan atau farmasi yang berhampiran dengan kediaman pelajar. Oleh itu, kelas ini bertujuan untuk para pelajar menandakan pusat-pusat kesihatan atau farmasi di Myplace Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan menanda pusat-pusat kesihatan & farmasi. Pertandingan ini dijalankan adalah untuk memberi galakan kepada para pelajar untuk mengetahui pusat-pusat kesihatan dan farmasi yang berhampiran dengan kediaman atau komuniti setempat. 

Gambar Disini

Tarikh : 11 Julai 2019
Masa : 10.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Tabika Kemas Kg Jawa
Peserta : 12 orang

 

Tujuan 

Kelas ini dihadiri seramai 12 orang pelajar dari Tabika Kemas Kg Jawa. Tujuan kelas diadakan adalah untuk menarik  minat para pelajar dengan pembelajaran secara video dan juga kemahiran. Oleh itu, pelbagai aktiviti yang diadakan untuk pelajar antaranya ialah K-HEX GAME dan Tayangan video nyanyian.

Aktiviti

Aktiviti yang telah dijalankan bersama pelajar adalah permainan K-HEX Game. Permainan adalah untuk memberikan para pelajar berfikir secara kreatif untuk menghasilkan pelbagai bentuk dan rupa diatas papan tersebut. Kemahiran ini akan meningkatkan daya kreativiti para pelajar. Seterusnya, tayangan video berserta gerakan badan dan menyanyi bersama pelajar. Ini membolehkan pelajar akan lebih memahami secara mudah dengan pergerakan dan menyanyi dengan menonton video yang ditayangkan.

Gambar Disini

Tarikh : 18 Ogos 2019
Masa : 10.00 pagi - 11.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 10 orang pelajar dari pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kelas ini adalah untuk para pelajari cara untuk membuat artikel dan kemudahan serta perkhidmatan yang para pelajar dapat di Pusat Internet.

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang disediakan untuk para pelajar antaranya adalah menaip artikel di mykomuniti. Aktiviti yang disediakan ini adalah sebagai pertandingan kepada para pelajar berdasarkan tajuk yang diberikan oleh petugas iaitu " Pusat Internet Dihatiku". Dengan aktiviti seperti ini akan meningkatkan kemahiran pelajar untuk menggunakan papan kekunci dan penulisan karangan.

Gambar Disini

Tarikh : 11 Julai 2019
Masa : 08.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Tabika Kemas Kg Jawa
Peserta : 12 orang

 

Tujuan

Seramai 12 orang pelajar dari Tabika Kemas Kg Jawa. Kelas yang diadakan ini adalah memberikan pengenalan asas kompenan komputer kepada para pelajar. Pengenalan asas ini untuk para pelajar mengenali setiap kompenan yang ada di komputer asas ICT kepada para pelajar.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah tayangan gambar-gambar kompenen komputer kepada para pelajar. Petugas memberikan penerangan kepada para pelajar jenis kompenan dan kegunaan kompenan tersebut unutk kompouter. Seterusnya, aktiviti untuk para pelajar menunjukkan gambar yang diberikan dan menyebut nama kompenan dan kegunaan kompenan tersebut.

Gambar DisiniGambar Disini