Tarikh | : 27 Julai 2020 |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 3 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 3 orang peserta yang terdiri daripada surirumah sepenuh masa. Kelas shopee yang dianjurkan adalah untuk menarik dan meningkatkan para-para surirumah yang meniaga secara online atau offline untuk menceburi bidang perniagaan secara atas talian seperti platform Shopee. Platform shopee ini memboleh para usahawan meniaga dengan menggunakan aplikasi di telefon pintar atau komputer. Justeru itu, ia akan meningkatkan kemahiran usahawan dalam menjual barangan atau produk.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah mendaftar sebagai penjual di Shopee. Mempelajari teknik pemasaran secara asas termasuk cara untuk memuatnaik produk, alamat , pembelian pelanggan dan cara untuk menguruskan pesana sekiranya ada pelanggan yang membeli produk di Shopee. Pelbagai teknik yang diajarkan untuk usahawan bagi meningkatkan penjualan produk seperti berkongsi link-link didalam kumpulan Whatsapp atau media sosial yang berkaitan. Disamping itu, dengan cara ini akan meningkatkan pendapatan sampingan usaahawan.
Tarikh | : 25 Julai 2020 |
Masa | : 09.00 pagi - 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 5 orang pelajar Sekolah Menengah. Kelas ini bertujuan untuk mempelajari asas menggunakan Microsoft Powerpoint untuk membuat suntingan gambar seperti membuangkan latarbelakang gambar atau menambah teks dalam gambar. Selain itu, pelajari cara untuk mencari gambar-gambar di dalam Google Chrome.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dilakukan adalah membuat suntingan gambar dengan menggunakan Microsoft Powerpoint. Pelajar mempelajari asas untuk membuat suntingan gambar seperti membuang latarbelakng gambar, menambahkan text pada gambar dan cara untuk yang menyimpan gambar yang telah disuting didalam fail. Seterusnya, mencari gambar-gambar di dalam Google Chrome dan cara untuk menyimpan gambar yang diambil dalam chrome di dalam fail. Aktiviti ini akan meningkatkan kemahiran pelajar dalam menggunakan kemudahan dan kelebihan internet dengan betul.
Tarikh | : 4 Februari 2020 |
Masa | : 09.00 pagi - 12.00 tengahari |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 13 orang |
Tujuan
Kelas yang dihadiri seramai 13 orang dari Tabika Kemas Kg Jawa. Kelas ini pelajar mempelajari asas bentuk dan warna. Selain itu, pelajar juga belajar mengenali jenis bentuk dan nama. Seterusnya, mengenali warna berdasarkan gambar rajah.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah mempelajari asas warna dan bentuk. Pembelajaran secara rajah akan memudahkan pelajar untuk mengenali jenis-jenis bentuk seperti, bulat, bujur, segi empat dan lain-lain. Seterusnya, mengenali warna seperti warna asas dan lain-lain. Akhir sekali, akan meningkatkan kemahiran kepada pelajar.
Tarikh | : 16 Julai 2020 |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Maokil |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seramai 4 orang pelajar. Kelas ini bertujuan untuk mempelajari cara untuk menggunakan web atau aplikasi Shopee sebagai medium untuk menjadi usahawan. Selain itu, pelajar juga mempelajari cara untuk mendaftar sebagai penjual di Shopee.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah pengenalan asas menggunakan Shopee. Pendaftaran sebagai penjual atau pembeli di Shopee. Selain itu, asas menjadi penjual dalam Shopee dengan cara untuk memasukkan nama perniagaan, nama kedai, produk atau barangan. Pelajar juga mempelajari cara untuk mempromosikan barangan atau produk dalam Shopee secara pemasaran yang disediakan di Shopee. Akhirnya, cara untuk membuat semakan barangan atau produk yang dijual di Shopee serta cara untuk menghantar barangan yang dipesan melalui poslaju atau kurier yang disediakan.
Tarikh | : 5 Februari 2020 |
Masa | : 09.00 pagi - 10.00 pagi |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 15 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seramain 15 orang pelajar Tabika Kemas Pekan Lenga. Kelas bertujuan untuk mempelajari cara permainan secara pembelajaran. Permainan yang disediakan untuk pelajar adalah permainan Klik Tertikus, mewarna gambar dan mencari huruf dan nombor.
Aktiviti
Antara aktiviti yang diadakan bersama pelajar adalah bermain permainan Uptoten . Permainan uptoten merupakan permainan seperti puzzle, mewarna, kenali huruf.Para pelajar bermain permainan klik tertikus dengan menekan gambar-gambar dan akan menghasilkan warna pada gambar yang diklik. Seterusnya, permainan keybooard dimana pelajar harus menggerakkan objek tersebut menggunakan tanda anak panah kiri,kanan, atas dan bawah.Oleh itu, permainan seperti ini meningkatkan kemahiran ICT kepada pelajar.