Tarikh : 17 Mac 2022
Masa : 02.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Dewan KEMAS Pagoh
Peserta : 13 orang 

 

Tujuan

Pelajar mempelajari cara untuk membuka akaun shopee sebagai pengguna baru. Mempelajari kelebihan perniagaan dalam shopee.

Aktiviti

 

Antara aktiviti yang dilakukan adalah membuka emel dahulu. Seterusnya, mempelajari cara untuk membuka akaun shopee. Mempelajari cara untuk masukkan produk dan penghantaran barang mengguna awb. Cara menyemak order dan bungkusan untuk menghantar barang.

Gambar Disini

Tarikh : 8 Mac 2022
Masa : 02.00 petang - 04.00 petang
Lokasi : FB PEDi Pekan Lenga
Peserta : 1 orang 

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk pelajar mempelajari cara untuk membuat suntingan gambar menggunakan Canva . Canva merupakan platform yang mesra untuk pengguna kerana cara atau kaedah menggunakannya sangat senang dan mudah untuk difahami.

Aktiviti

Antara aktivitinya melihat cara menggunakan Canva secara video. Mempelajri secara atas talian.

Gambar Disini

Tarikh : 6 April 2021
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Dewan KEMAS Pagoh
Peserta : 13 orang 

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini dihadiri seramai 13 orang dikalangan usahawan dibawah KEMAS Pagoh. Kelas yang ini bertujuan untuk mengajar para pelajar mempelajari teknik asas Aplikasi Canva. Aplikasi Canva yang digunakan memudahkan para pelajar untuk membuat suntingan gambar berdasarkan tools atau templet bersesuai mengikut produk atau perkhidmatan oleh usahawan.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah membuat suntingan gambar produk dalam Aplikasi Canva. Memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk menggunakan aplikasi tersebut secara mudah dan senang. Pelajar juga boleh membuat suntingan gambar secara dalam telefon dengan menggunakan tools yang disediakan dalam aplikasi tersebut. Pelbagai templet, text dan lain-lain yang boleh digunakan dalam Aplikasi Canva tersebut.

Gambar Disini

Tarikh : 6 April 2021
Masa : 02.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Dewan KEMAS Pagoh
Peserta : 13 orang 

 

Tujuan

Penerangan mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak bersama usahawan KEMAS Pagoh. Advokasi Klik Dengan Bijak ini merupakan asas untuk pelajar bijak dalam menggunakan internet. Dalam Advokasi Klik Dengan Bijak terdapat beberapa modul dan video yang boleh dikongsikan bersama antaranya Maklumat Palsu, Buli Siber, Penipuan Kewangan dan Perkongsian Berlebihan.

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan ialah penerangan setiap modul dan tayangan video. Untuk usahawan modul penipuan kewangan adalah salah satu tajuk yang sesuai untuk usahawan lebih berhati-hati dalam transaksi keluar masuk dan TCA nombor supaya tidak terpengaruh dengan pihak ketiga. Oleh itu, pentingnya menjaga data atau maklumat peribadi supaya tidak disalah gunakan. Selain itu, permainan quizizz untuk memastikan pelajar memahami tentang Advokasi Klik Dengan Bijak dengan lebih mudah.

Gambar Disini

Tarikh : 5 April 2021
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengahari
Lokasi : Dewan KEMAS Pagoh
Peserta : 13 orang 

 

Tujuan

Seramai 13 orang pelajar dari KEMAS Pagoh mengikuti kelas Asas Fotografi & Aplikasi Adobe Photoshop MIX. Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk pelajar dari kalangan usahawan mempelajari cara untuk mengambil gambar produk atau barangan dengan cara yang betul dan menarik

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah perkenal secara asas cara untuk mengambil gambar menggunakan telefon pintar. Mempelajari  teknik fotografi seperti kedudukan produk, pencahayaan, menggunakan grid kamera dan lain-lain sebagai asas untuk menghasilkan gambar yang cantik. Selain itu, mempelajari aplikasi adobe secara atas talian untuk membuat suntingan pada gambar seperti tone warna, tambah text dan lain-lain.

Gambar Disini