Tarikh : 25 September 2020
Masa : 02.00 petang - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini untuk mempelajari cara menggunakan Microsoft Powerpoint secara asas. Pelajar  mempelajari cara untuk membuat slide atau pembentangan menggunakan Microsoft Powerpoint.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah membuat latihan menggunakan Microsoft Powerpoint. Selain itu, mempelajari cara untuk membuat text atau masukkan gambar di dalam slide. Memepelajari cara untuk menukarkan theme atau template dalam slide. Oleh itu, pelajar telah mengetahui cara untuk menggunakan Microsoft Powerpoint.

Gambar Disini

Tarikh : 16 September 2020
Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan adalah untuk para pelajari cara memuat turun video yang terdapat dalam youtube atau media sosial. Selain itu, pelajar mempelajari cara untuk membuat video menggunakan aplikasi seperti InShot dengan telefon pintar.

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan bersama pelajar adalah mempelajari cara untuk memuat turun video dalam youtube, media sosial dan lain-lain. Cara untuk menyimpan video yang telah dimuat turun dalam satu fail. Seterusnya, mempelajari cara untuk membuat video seperti merakam dan menyunting video. Pelajar mempelajari cara untuk merakam temubual atau suara dengan menggunakan telefon pintar. Akhirnya, membuat suntingan video dengan video yang telah dirakam seperti menambah teks dalam video, suara, lagu dan lain-lain lagi di dalam InShot menggunakan telefon pintar.

Gambar Disini

Tarikh : 21 Ogos 2020
Masa : 01.00 petang - 02.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini bertujuan untuk para pelajar mempelajari modul yang terdapat dalam Klik Dengan Bijak. Modul yang disampaikan kepada para pelajar berasasakan penggunaan internet dengan betul. 

Aktiviti

Aktiviti yang diutamakan adalah penerangan dan tayangan video untuk modul maklumat palsu. Dimana, para pelajar diberikan penerangan dan penjelasan tentang satu maklumat yang diterima atau di internet samaada sahih atau tidak. Seterusnya, modul buli siber, penipuan kewangan dan perkongsian berlebihan. Modul-modul tersebut dapat membantu para pelajar untuk meningkatkan pengetahuan 

Gambar Disini

Tarikh : 29 Ogos 2020
Masa : 09.00 pagi - 02.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 3 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini untuk mempelajari cara untuk membuat poster menggunakan Canva. Selain itu, mempelajari asas Microsoft Powerpoint untuk membuat suntingan gambar dengan meletakkan teks atau membuang latarbelakang gambar.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah membuat poster. Kelas poster yang diadakan ini menggunakan Canva sebagai medium untuk membuat poster dengan cara memilih poster yang telah tersedia hanya perlu ditambah baikkan dengan idea dan kreativiti para pelajar. Selain itu, mempelajari asas Microsoft Powerpoint dengan membuat suntingan gambar seperti menambahkan teks atau membuang latarbelakang gambar mengikut kesesuaian pada gambar tersebut. Ini akan meningkatkan kemahiran ICT para pelajar.

Gambar Disini

Tarikh : 21 Ogos 2020
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan dihadiri seramai 6 orang pelajar sekolah rendah dan sekolah menegah. Kelas ini bertujuan untuk para pelajar mempelajari cara untuk membuat akaun emel. Selain itu, petugas memberikan penerangan tentang cara penggunaan emel yang boleh digunakan oleh para pelajar. Seterusnya, kelas membuat poster menggunakan Canva. Melahirkan idea dan kreativiti oleh para pelajar untuk membuat poster sendiri.

Aktiviti

Aktiviti yang diadakan bersama pelajar adalah cara untuk mendaftar akaun emel dalam gmail.com. Seterusnya, mempelajari cara untuk menggunakannya seperti menghantar emel, cara menyemak emel yang masuk dan lain-lain. Ini juga akan meningkatkan kemahiran para pelajar dalam menggunakan ICT. Selain itu, para pelajar mempelajari cara untuk membuat poster dengan menggunakan Canva. Di dalam canva, terdapat poster yang telah tersedia untuk digunakan tetapi para pelajar harus menyunting atau menambahakan baikkan poster tersebut mengikut idea dan kreativiti para pelajar.

Gambar Disini