Tarikh : 16 Disember 2018
Masa : 08.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 65 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan in adalah Program Jom Sihat bersama Pusat Internet Pekan Lenga. Seramai 65 orang peserta yang hadir pada program tersebut. Tujuan program ini adalah untuk mengalakkan komuniti untuk sentiasa peka pada tahap kesihatan dan membuat saringan ujian kesihatan di Pusat Internet. Selain itu, program ini juga akan membolehkan Doktor dan Pegawai-pegawai perubatan untuk berkongsi cara penjagaan kesihatan yang betul dan langkah untuk mencegah penyakit. Seterusnya, taklimat Klik Dengan Bijak (KDB) untuk komuniti lebih berhati-hati dalam penggunann internet terutama cerita-cerita viral di media sosial. 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dijalan pada hari tersebut antaranya zumba bersama komuniti. Selain itu, taklimat penjagaan gigi oleh Dr.Norisma binti Ismail dari Klinik Kesihatan Lenga dan tips penjagaan gigi yang betul. Seterusnya, aktiviti demokan masakan menu sihat iaitu muffin telur oleh cikgu-cikgu KEMAS Pagoh. Pertandingan mewarna bersama keluarga dan pertandingan kuiz online Jom Sihat. Disamping itu, pertandingan Dashboard Komuniti seperti post artikel kesihatan dalam mykomuniti dan plot kemudahan klinik dan farmasi disekitar Mukim Lenga. Aktiviti tambahan adalah pertandingan Abang dan Akak Sado untuk mengeratkan lagi hubungan diantara komuniti dan petugas Pusat Internet. Akhir sekali, majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Gambar Disini

Tarikh : 21 November 2018
Masa : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk pelajar mempelajari cara untuk menggunakan modul myshop. Selain itu, pelajar juga diberikan tunjuk ajar cara untuk mempromosikan produk dalam myshop. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk memuat naik produk dalam myshop dengan menggunakan web Dashboard Komuniti.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah memuat naik gambar produk dalam myshop. Seterusnya, cara untuk menggunakan myshop dengan betul.Akhir sekali, pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk mempromosikan produk dan ayat caption untuk menjual produk dalam myshop.

Gambar Disini

Tarikh : 8 November 2018
Masa : 08.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Sek Keb Pekan Air Panas
Peserta : 32 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan adalah untuk memberikan taklimat berkaitan Advokasi Klik Dengan Bijak kepada pelajar tentang penggunaan internet dengan betul dan sumber-sumber yang sahih dalam menyebarkan maklumat yang tepat. Selain itu, petugas memberikan cara untuk berhemah dalam menggunakan internet dan media sosial. Antara modul yang disampaikan kepada pelajar adalah maklumat palsu,buli siber, perkongsian berlebihan dan penipuan kewangan .

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah tayangan video KDB kepada pelajar. Seterusnya, soalan jawab diantara pelajar dan petugas iaitu " Question & Answer". Selain itu, menjalankan aktiviti dalam kumpulan seperti kuiz KDB dan radio karat KDB.

Gambar Disini

Tarikh : 18 November 2018
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Tabika Kemas Kg Jawa
Peserta : 7 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan adalah untuk pelajara mempelajari cara untuk menggunakan komputer dan pembelajar atas talian . Selain itu, petugas memberikan pengenalan asas kepada pelajar mengenai kompenan komputer dan kegunaan kompenen tersebut. Seterusnya, pembelajaran secara atas talian kepada pelajar untuk memudahkan lagi pelajar tahu cara untuk menggunakan komputer dengan betul.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalan adalah pengenalan kompenan komputer dan penggunaan komputer tersebut. Seterusnya, pembelajaran atas talian seperti mewarna online. Pelajar mewarna gambar yang dipilih dengan menggunakan warna yang disediakan dan hanya klik pada tetikus untuk mewarna dan klikkan kepada gambar rajah untuk mewarna. Dengan cara ini, pelajar akan lebih mahir untuk menggunakan komputer.

Gambar DisiniGambar Disini

Tarikh : 25 Oktober 2018
Masa : 08.30 pagi - 01.30 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Lenga
Peserta : 16 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan adalah bersama-sama pelajar lepasan UPSR Sek Keb Felda Lenga Bt 27. Program ini dihadiri seramai 16 orang pelajar yang mengikuti Program Advokasi Klik Dengan Bijak. Program ini bertujuan untuk pelajar memperoleh pengetahuan dalam menggunakan internet dengan betul dan selamat. Pelajar diberikan taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak dengan modul-modul untuk pelajar berhati-hati dalam penggunaan internet.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah senam aerobik. Lepas itu, mini explorace KDB yang dibahagikan dalam satu kumpulan. Seterusnya,taklimat KDB yang terbahagi beberapa modul antaranya ialah maklumat palsu,buli siber, penipuan kewangan dan perkongsian berlebihan. Selain itu, aktiviti diteruskan dengan puzzle, bingo KDB, radio buruk  KDB dan cabaran makan biskut dengan hanya menggerakan menggunakan muka sahaja.

Gambar Disini