Tarikh | : 17 Julai 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Tabika Kemas Kg Jawa |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari asas kompenan komputer. Pelajar dikenalkan kepada kompenan-kompenan yang terdapat di komputer seperti pembesar suara, cpu dan lain-lain lagi. Selain itu, pelajar mempelajari cara untuk menyanyi dengan menggunakan tayangan video di layar dan penggunaan youtube.
Aktiviti
Mengenali asas kompenan komputer dengan menunjukkan gambar di slide dan pelajar mewarnakan gambar tersebut di kertas latihan yang diberikan. Pelajar menyebut nama dan kegunaan komponen tersebut untuk memudahkan pelajar faham. Seterusnya, pelajar menyanyi bersama guru dan petugas dengan melihat video yang ditayangkan dan penggunaan youtube dalam pembelajaran.
Tarikh | : 19 Jun 2018 |
Masa | : 02.00 petang- 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 4 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan untuk pelajar bagi memberikan tunjuk ajar dan penerangan mengenai Dashboard dan penggunaan dalam modul seperti modul mykomuniti. Selain itu, pelajar diberikan tunjuk ajar untuk menggunakan mykomunti dengan membuat pengumuman dan melihat maklumat yang terbaru dalam mykomuniti.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalan oleh pelajar adalah dengan membuat pengumaman sebagai percubaan. Selain itu, memuat naik gambar dan poster berkaitan dengan program yang ini dijalankan oleh pelajar. Membuat pengumaman aktiviti atau program yang dijalankan untuk hebahan dalam komuniti di Pekan Lenga. Pelajar melihat maklumat yang telah dibuat oleh komuniti di dalam mykomuniti.
Tarikh | : 9 Jun 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada pelajar tentang penggunaan internet dengan betul. Petugas memberikan penerangan kepada pelajar cara penggunaan internet berdasarkan modul yang diberikan. Antara modul yang diberikan kepada pelajar adalah penipuan dalam kewangan, buli siber, perkongsian berlebihan dan maklumat palsu.
Aktiviti
Pelajar belajar mengenai klik dengan bijak. Pelajar menjawab soalan berdasarkan modul yang diberikan. Selain itu, pelajar diberikan tugasan untuk membuat dialog setiap modul tersebut.
Tarikh | : 9 Jun 2018 |
Masa | : 02.00 petang- 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
Kelas ini dijalankan adalah untuk menguji kefahaman pelajar melalui kuiz advokasi klik dengan bijak. Kuiz yang diberikan adalah berdasarkan kelas advokasi yang menerangkan tentang kebaikkan dan keburukkan dalam penggunaan internet . Petugas memberikan penerangan tentang advokasi klik dengan bijak seperti maklumat palsu, penipuan kewangan, perkongsian secara berlebihan dan buli siber.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan adalah menjawab soalan kuiz berdasarkan soalan dan jawapan yang diberikan. Pelajar juga diberikan tugasan dengan membezakan setiap modul dengan situasi yang berbeza. Soal dan jawab bersama petugas dan ahli kumpulan.
Tarikh | : 26 Mei 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia |
Peserta | : 7 orang |
Tujuan
kelas ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dengan meningkatkan sumber pendapatan baru secara digital. Selain itu, dapat meningkat peluang pekerjaan kepada surirumah, pelajar dan sesiapa yang ingin menambahan pendapatan. Seterusnya, petugas memberikan penerangan berkaitan advokasi klik dengan bijak untuk pelajar lebih berhati-hati dalam menggunakan internet.
Aktiviti
Penerangan mengenai E-rezeki dan cara menggunakan platform dalam E-rezeki. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk mendaftar sebagai ahli e-rezeki.