Tarikh :17 Januari 2019
Masa : 09.00 pagi - 05.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas yang diadakan ini adalah memberikan tunjuka ajar kepada pelajar cara untuk menggunakan emel di telefon bimbit dan komputer. Dengan cara memudahkan pelajar untuk menghantar dan membuka emel di telefon bimbit. Selain itu, pelajar juga diajar cara untuk menggunakan microsoft word untuk membuat kerja dan minit mesyuarat.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah mempelajari cara untuk membuka emel di telefon bimbit. Pelajar diajar cara untuk menggunakan emel dalam telefon bimbit. Selain itu,diberikan tunjuk ajar cara untuk membuka peti masuk dan menghantar emel.Seterusnya, pelajar mempelajari cara untuk menggunakan microsoft word dengan belajar menaip, cara membuat surat dan minit mesyuarat. Dengan ini, akan meningkatkan kemahiran pelajar tentang penggunaan dalam ICT.

Gambar Disini

Tarikh : 31 Disember 2018
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Felda Lenga
Peserta : 20 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan ini dihadiri seramai 20 orang peserta. Tujuan program ini diadakan adalah untuk pelajar bersedia untuk memasuki persekolah pada tahun 2019. Oleh itu, petugas pusat internet menyediakan aktiviti kepada para pelajar dan kaum ibu seperti taklimat KDB, pengurusan masa dan aktiviti sampingan yang lain. Justeru itu, aktiviti akan merapatkan hubungan diantara komuniti dengan Pusat Internet.

Aktiviti

Antara aktiviti yang diadakan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak ndan dewasa. Seterusnya, aktiviti bingo kdb untuk semua peringkat umur. Selain itu, pertandingan puzzle dan game e-pembelajaran untuk kategori kanak-kanak. Akhir sekali, kuiz online dewasa untuk kaum ibu, taklimat Advokasi KDB dan kuiz serta penyampaian hadiah untu para pemenang.

Gambar Disini

Tarikh : 15 Disember 2018
Masa : 08.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri seramai 10 orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk pelajar mempelajari cara untuk memasukkan artikel di dalam mykomuniti. Selain itu, pelajar diberikan penerangan tentang hebahan artikel yang boleh dimuat naik dalam mykomuniti seperti kelas-kelas tambahan atau program sekolah, maklumat tentang kesihatan dan lain-lain lagi. Pelajar juga diberikan tunjuka ajar cara untuk mencari maklumat yang sahih dan betul untuk disampaikan kepada orang lain.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah mencari artikel di sumber-sumber di web dan buku rujukan. Seterusnya, memilih artikel yang bersesuai untuk semua peringkat umur dan golongan. Memuat naik artikel berserta gambar untuk memudahkan pembaca lebih faham tentang kesan penyakit tersebut. Akhir sekali, memastikan artikel tersebut adalah yang sahih dan sumber yang betul.

Gambar Disini

Tarikh : 15 Disember 2018
Masa : 12.00 tengah hari - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 10 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri seramai 10 orang pelajar dari pelbagai umur . Kelas ini diadakan bertujuan untuk menguji tahap kefahaman pelajar tentang penggunaan mykomuniti,maklumat kesihatan dan kemudahan yang disediakan. Pertandingan yang diadakan ini secara atas talian dimana setiap pelajar harus menjawab soalan dan jawapan dengan hanya memilih jawapan secara objektif dan menekan klik sahaja. Dengan ini, ia akan meningkat juga kemahiran pelajar dalam menggunakan komputer dan internet dengan selamat dan betul.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan adalah menjawab kuiz dan memilih jawapan. Oleh itu, pelajar dapat kedudukan beliau dalam pertandingan tersebut. Seterusnya, mengenai mykomuniti dengan soalan-soalan yang mudah seperti macam mana mencari maklumat yang sahih, bagaimana memuat turun gambar dan lain-lain lagi. Dengan cara ini juga, boleh meningkat kefaham kepada pelajar untuk lebihan kegunaan mykomuniti.

Gambar Disini

Tarikh : 2 Disember 2018
Masa : 08.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Khidmat Adun Bukit Kepong
Peserta : 20 orang

 

Tujuan

Program Usahawan Komuniti & Bengkel Pembuatan Pizza dan Bengkel Fotografi ini dihadiri seramai 20 orang peserta. Program yang dijalankan ini bertujuan untuk para surirumah atau peniaga kecil untuk menambahkan ilmu dalam cara untuk membuat pizza homemade dan cara untuk menangkap gambar dengan betul. Selain itu, kelas pembuatan pizza ini boleh memberikan peluang kepada surirumah dan peniaga untuk mencari atau menambah pendapatan kecil-kecilan. Seterusnya, bengkel fotografi  merupakan salah satu cara para surirumah atau peniaga mengambil gambar atau produk dengan menggunakan sudut-sudut  kamera untuk mengambil gambar yang cantik dan menarik.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah cara untuk membuat pizza dan fotografi. Seterusnya, aktiviti dimulakan dengan membuat pizza dengan tunjuk ajar oleh cikgu-cikgu dari PDK. Aktiviti seterusnya, ialah sesi bengkel fotografi oleh petugas Pusat Internet Pekan Lenga. Petugas menunjukkan cara untuk membuat kotak fotografi dengan cara DIY, cara untuk mencari sudut yang bersesuai untuk gambar kelihatan cantik dan pencahayaan yang betul untuk gambar kelihatan terang dan menarik.

Gambar Disini