Tarikh : 19 Oktober 2018
Masa : 08.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 15 orang

 

Tujuan

Program ini diadakan bersama-sama pelajar lepasan UPSR Sek Keb Lenga. Terdiri daripada 15 orang pelajar yang mengikuti Program Advokasi Klik Dengan Bijak di Pusat Internet Pekan Lenga. Program ini bertujuan adalah untuk memberikan penerangan kepada pelajar tentang penggunaan internet dengan betul dan selamat supaya pelajar berhati-hati untuk berkongsi maklumat atau buli siber dikalangan pelajar. Selain itu, penerangan tentang Mobile E-Waste kepada pelajar.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah berzumba bersama petugas Pusat Internet. Selain itu,aktiviti mini explorace KDB dalam bentuk berkumpulan yang terbagi kepada satu kumpulan 3 orang. Seterusnya, taklimat Klik Dengan Bijak dan Mobile E-Waste dari petugas Pusat Internet. Sesi jawab soalan dan kuiz untuk pelajar. Akhir sekali, aktiviti bersama pelajar adalah bingo KDB dengan menyusun perkataan KDB dalam satu kertas dan juga aktiviti teka gaya yang membuat pelbagai gaya dan reaksi untuk setiap kumpulan meneka gaya yang dibuat oleh ketua kumpulan.

Gambar Disini

Tarikh : 17 Oktober 2018
Masa : 09.00 pagi - 11.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 25 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk pelajar mempelajari cara menggunakan komputer dan kompenan komputer. Pelajar juga diberikan tunjuka ajar cara untuk menggunakan komputer. Selain itu, mempelajari cara mengenali kompenan komputer dan kegunaan komputer dengan betul.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan adalah setiap pelajar diajar cara untuk menghidupakan komputer. Pelajar dikenalkan fungsi-fungsi disekitar komputer dan papan kekunci. Selain itu,belajar cara menaip dengan menggunakan Microsoft Word. Akhir sekali, pelajar mempelajari cara mewarna menggunakan komputer.

Gambar Disini

 

Tarikh : 15 SEPTEMBER 2018
Masa : 09.00 pagi - 12.00 tengah hari
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk pelajar mempelajari asas penggunaan Microsoft Word dengan betul. Petugas memberikan penerangan untuk menggunakan Micrsofot Word untuk membuat surat, membuat kerja sekolah dan kerja kursus .Selain itu, petugas menunjukkan kepada para pelajar tentang kegunaan tools dalam Microsoft Word.

Aktiviti

Aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah dengan memberikan tugasan menaip karangan dengan pantas. Selain itu, pelajar diajar juga untuk menggunakan perkataan dalam huruf besar dan kecil serta tanda baca untuk digunakan dalam karangan. Dengan ini, pelajar dapat mempelajari penggunaan Microsoft Word dengan betul.

Gambar Disini

Tarikh : 15 SEPTEMBER 2018
Masa : 02.00 petang - 04.00 petang
Lokasi : Pusat Internet Pekan Lenga
Peserta : 6 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk pelajar mempelajari asas Bahasa Inggeris dengan mudah . Pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk mencari nota tambahan dan latih tubi untuk membuat ulangkaji bagi memudahkan untuk pelajar lebih faham dan jelas dalam penggunaan Bahasa Inggeris. Selain itu,petugas memberikan cara untuk menyebut dan mengeja perkataan Bahas Inggeris dengan cara yang betul.

Aktiviti

Antara aktiviti yang dijalankan bersama pelajar adalah mencari barang tersembunyi dan menyatakan nama barang tersebut dalam Bahasa Inggeris. Selain itu, pelajar membuat word seacrh dengan mencari perkataan tersebut dalam Bahasa Melayu. Akhir sekali, pertandingan menjawab kuiz dengan menggunakan web Quizzi.

Gambar Disini

 

Tarikh : 6 SEPTEMBER 2018
Masa : 09.00 pagi - 01.00 petang
Lokasi : Tabika Kemas Kg Jawa
Peserta : 7 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk pelajar mempelajari cara membuat mangkuk kertas dengan menggunakan bahan-bahan seperti keratan surat khabar, gam, air dan belon. Selain itu, kelas ini juga memberikan daya kreativiti untuk pelajar untuk membuat mangkuk kertas dengan mudah dan selamat.

Aktiviti

Aktiviti yang dimulakan bersama pelajar adalah dengan diberikan penerangan oleh petugas Pusat Internet cara untuk membuat mangkuk kertas dari step pertama hingga step terakhir. Pelajar dikehendaki meniup belon dalam keadaan sederhana besar supaya memudahkan untuk membentuk mangkuk tersebut. Seterusnya, ambil kertas surat khabar yang telah dipotong dengan membasahkan kertas tersebut dengan air dan meletakkan gam diatas belon untuk memudahkan keratan surat khabar lekat. Tampalkan keratan surat kkhabar dengan menetupi bahagian belon dengan separuh bahagia dan ulang kaedah itu dengan padat untuk membentuk mangkuk kertas tersebut.Akhirnya, pelajar dapat membentuk semangkuk kertas yang kreatif dan cantik.

Gambar Disini