Tarikh | : 31 Mac 2018 |
Masa | : 7.30 pagi - 1.3petang |
Lokasi | : Perkarangan Balairaya Bt28 Lenga |
Peserta | : 25 orang |
Tujuan
Program ini diadakan adalah untuk memberikan kesedaran kepada komuniti tentang kebaikkan dan keburukkan dalam penggunaan internet dan media sosia. Di mana, ia memberikan kesedaran kepada komuniti untuk tidak mudah percaya berkaitan perkara yang viral, maklumat yang tidak sahih dan skim cepat kaya. Oleh itu, petugas memberikan penerangan advokasi klik dengan bijak kepada komuniti.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah soalan jawab mengenai Advokasi Klik Dengan BijaK,menjawab kuiz dan word search serta musang janggut. Aktiviti yang dijalankan dapat memberikan kefahaman yang lebih jelas kepada komuniti. Kuiz yang diadakan itu untuk menguji kefahaman berkaitan Advokasi. Manakala untuk permainan musang janggut adalah permainan sampingan yang lebih kepada pengasingan kacang2 yang dicampurkan sekali untuk diasingkan dalam mangkuk yang lain. Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan diantara petugas PI1M dan komuniti setempat.
Tarikh | : 17 Mac 2018 |
Masa | : 8.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Dataran Tepian Sungai, Panchor |
Peserta | : 47 orang |
Tujuan
Program ini diadakan adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti untuk berhati-hati dalam menggunakan internet. Oleh itu, petugas memberikan penerangan mengenai klik dengan bijak kepada komuniti dan modul nya seperti maklumat palsu, penipuan kewangan dan perkongsian berlebihan. Selain itu, memperkenalkan aplikasi Dashboard dimana ia merupakan salah satu aplikasi untuk memudahkan komuniti membuat hebahan, menjual barangan , penjagaan kesihatan, tempat yang menarik dan pertanyaan soal kepada pihak berkuasa tempatan (PBT).
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalan adalah seperti memperkenalkan Advokasi Klik Dengan Bijak. Penerangan dan kuiz untuk Advokasi Klik Dengan Bijak. Memuat turun aplikasi Dashboard dan kegunaan dalam setiap modul. Seterusnya, cara untuk log masuk dalam aplikasi, cara untuk post dalm mykomuniti, membuat aduan atau soalan dalam mysoal, myskool untuk sekolah, myhealth untuk pemeriksaan tekanan darah dan berat badan, myshop untuk memasuk dan mempromosi barangan dan myplace untuk menandakan tempat menarik. tempat makan, pengangkutan dan lain-lain untuk dikongsikan kepada komuniti.
Tarikh | : 10 Mac 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan untuk pelajar mempelajari cara membuat akaun emel. Disamping itu, memperkenalkan beberapa emel yang boleh digunakan seperti yahoo.mail , gmail.com dan lain-lain. Pelajar diberikan tunjuk ajar untuk membuat akaun dan penggunaan emel yang betul.
Aktiviti
Pelajar mencipta akaun emel terlebih dahulu seperti pendaftaran akaun emel. Selepas itu, pelajar diberikan penerangan setiap kegunaan dalam emel seperti peti masuk,peti kluar, spam , menghantar mesej dan lain-lain. Petugas memberikan modul dan tutorial kepada pelajar untuk kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar.
Tarikh | : 10 Mac 2018 |
Masa | : 10.00 pagi - 12.00 tengah hari |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari asas media baru . Petugas memberikan penerangan kepada para pelajar kegunaan media baru dan cara menggunakan dengan betul. Para pelajar diberikan beberapa contoh media baru daripada petugas seperti facebook, instagram, twitter dan lain-lain lagi. Petugas juga memberikan taklimat mengenai klik dengan bijak kepada para pelajar.
Aktiviti
Petugas menunjukkan tutorial cara untuk mencipta akaun facebook. Selepas itu, para pelajar diajar untuk menggunakan facebook seperti tetapan dalam facebook,memuat naik gambar dan status, menambah rakan-rakan dan menggunakan dengan betul. Petugas juga mengadakan taklimat dan tayangan video Klik Dengan Bijak kepada para pelajar. Modul Klik Dengan Bijak yang disampaikan kepada para pelajar adalah perkongsian berlebihan,buli siber, maklumat palsu dan penipuan dalam kewangan supaya para pelajar tidak salah dalam menggunakan media baru.
Tarikh | : 24 Februari 2018 |
Masa | : 2.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 8 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memperkenalkan microsoft word kepada pelajar. Pelajar diajar cara untuk menggunakan microsoft word dengan betul. Selain itu, petugas memberikan latihan kepada para pelajar untuk memberik kefahaman dengan lebih jelas kepada pelajar.
Aktiviti
Para pelajar diberikan tugasan dengan memberikan penerangan mengenai kegunaan dalam microsoft word. Selain itu, petugas memberikan latihan menaip kepada para pelajar dalam menggunaan keyboard dengan betul. Latihan menaip dengan pantas dapat menguji para pelajar dalam menggunakan microsoft word dengan betul.