Tarikh | : 1 November 2017 |
Masa | : 8.30 pagi - 1.30 petang |
Lokasi | : SMK Munshi Ibrahim,Labis |
Peserta | : 160 orang |
Tujuan
Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada pelajar tentang Advokasi Klik Dengan Bijak. Justeru itu, penerangan mengenai modul-modul di dalam Advokasi Klik Dengan Bijak disampaikan kepada pelajar supaya pelajar lebih berhati-hati setiap penggunaan mereka di dalam media sosial ataupun penggunaan internet atau web.
Aktiviti
- Petugas memberikan taklimat dan tayang video KDB. Seterusnya, para pelajar menjawab kuiz berdasarkan video yang ditayangkan dan permainan bingo . Selain itu, para pelajar membuat aktiviti permainan radio rosak untuk menguji kecekapan pelajar dalam menympaikam maklumat denga betul.AKhir sekali, aktiviti teka teki dan explorase untuk para pelaja. Aktiviti explorace ini diadakan adalah bertujuan untuk memupuk semangat kerjasama dalam kumpulan dan kemahiran komunikasi .
Tarikh | : 14 Oktober 2017 |
Masa | : 8.30 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Tabika Kemas Felda Batu 27 |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan
Program ini diadakan adalah sempena Hari Sukan Negara yang diadakan pada setiap tahun untuk memupuk semangat bersukan dikalangan rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur. Program seperti ini dapat mengeratkan hubungan antara keluarga, jiran dan masyarkat. Justeru itu, program yang diadakan setiap tahun ini dapat memberikan inspirasi kepada golongan anak muda supaya meminati sukan dan semangat perpanduan dalam diri merka
Aktiviti
Seramai 20 orang yang menyertai Progam Hari Sukan Negara. Acara dimulakan dengan senam aerobik untuk membuat regangan kepada otot-otot badan kita. Seterusnya, berjalan 10 ribu langkah untuk membakar kalori yang berada dalam tubuh badan kita. Seterusnya, acara sukaneka dikalangan komuniti seperti lari dalam guni dan lain-lain.
Tarikh | : 12 Oktober 2017 |
Masa | : 8.30 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 15 orang |
Tujuan
Seramai 15 orang pelajar lepasan UPSR dari Sekolah Kebangsaan Lenga membuat Lawatan Sambil Belajar ke Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga. Program ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan kepada para pelajar kemudahan dan pembelajar asas komputer. Disamping itu, para pelajar dapat belajar cara untuk mengguanakan komputer dan rangkaian internet dengan betul. Oleh itu, petugas Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga, mengadakan aktiviti bersama para pelajar iaitu Program Advokasi Klik Dengan Bijak. Program Advokasi Klik Dengan Bijak ataupun nama ringkasnya KDB bertujuan memberikan pendedahan kepada para pelajar atau komunit untuk mengguanakan internet dengan betul . Terdapat beberapa modul yang disampaikan adalah seperti maklumat palsu, buli siber, perkongsian berlebihan dan penipuan internet
Aktiviti
Petugas memberikan taklimat mengenai KDB dan tayangan video berkaitan dengan KDB untuk memudahkan para pelajar lebih faham dan jelass dengan maklumat yang disampaikan. Selain itu, petugas PI1M dan para pelajar membuat aktiviti seperti kuiz, word search, bingo, music egg dan library puzzle berkaitan dengan KDB. Akhir sekali, penyampaian sijil dan hadiah kepada para pelajar .
Tarikh | : 8 Oktober 2017 |
Masa | : 8.30 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 20 orang |
Tujuan
Program ini diadakan untuk memberikan kesedaran untuk kepada komuniti setempat mengenai penjagaan kesihatan & amalan pemakana yang sihat. Disamping itu, dengan adanya program seperti komuniti dapat mengetahui cara penjagaan kesihatan & pemakanan dengan betul. Ia juga merupakan program yang dapat mengeratkan hubungan di antara komuniti dengan petugas PI1M.
Aktiviti
Komuniti mulakan aktiviti pagi dengan membuat senaman aerobik dan berjalan 10 ribu langkah. Seterusnya, dimulakan dengan aktiviti permainan sepak takraw dan permainan dart. Selain itu, taklimat mengenai pemakanan dan cara hidup yang sihat. Ini merupakan salah satu cara untuk komuniti menjalani kehidupan yang sihat .
TARIKH : 5 OKTOBER 2017
MASA : 09.00 PAGI – 02.00 PETANG
LOKASI : PERPUSTAKAAN DESA KG JAWA
PESERTA : 20 ORANG
Tujuan
Asas penjagaan kulit muka untuk kaum wanita
Aktiviti
Penerangan mengenai marrykay. Cara menjaga kulit muka dan kelas makeup yang diadakan untuk peserta yang hadir .