Tarikh : 6 September 2017
Masa : 9.00 pagi - 2.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga 
Peserta : 41 orang

 

Tujuan

Seramai 41 orang komuniti yang menyertai Program Hari Dashboard Komuniti peringkat PI1M. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan Dashboard Komuniti dan peneranagn mengenai kelebihan dan manfaat didalam Dashboard Komuniti. Ia juga merupakan peluang kepada usahawan-usahawan yang berniaga untuk mempromosikan barangan meraka di MyShop. Selain itu, penerangan dibuat oleh petugas untuk menyampaikan kepada komuniti mengenai modul-modul dan aplikasi Dashboard Komuniti. Modul-modul tersebut mempunyai 6 modul dan terdiri daripada mykomuniti,mysoal,myhealth,myshop dan myplace.

Aktiviti

Penerangan tentang Dashboard komuniti dan menerangkan modul yang ada seperti mykomuniti, mysoal, myskool, myhealth, myshop dan myplace. Pelbagai aktiviti yang diadakan seperti taklimat pengenalan Dashboard Komuniti untuk menggunakan setiap modul dengan betul, muat turun aplikasi Dashboard Komuniti dengan memuat turun di playstore dan appstore. Mengadakan kuiz berkaitan dengan Dashboard Komuniti dan PI1M. Sambutan yang amat menggalakkan daripada komuniti setempat. 

Gambar disini

Tarikh : 7 Ogos 2017
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga 
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk membuat resume. Ia juga dapat memberikan pendedahan awal kepada pelajar jika beliau akan menghadiri temuduga pada masa akan datang. Dengan adanya kelas seperti ini, dapat membantu pelajar meningkatkan kemahiran beliau dalam menggunakan komputer dan kemahiran dalam membuat resume dengan betul.

Aktiviti

Pelajar diberikan contoh modul yang boleh digunakan untuk membuat resume. Beliau juga diberikan tunjuk ajar dan mempratikkan sendiri untuk membuat resume dengan betul. Pelajar diajar cara membuat resume dengan menggunakan Microsoft Office iatu Microsoft Word dengan cara yang mudah, kemas dan teratur. Beliau dapat mempelajarinya dan menggunakan kemahiran ini pada masa akan datang.

Gambar disini

Tarikh : 10 Ogos 2017
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga
Peserta : 12 orang

 

Tujuan

Program ini diadakan ntuk memberikan kesedaran kepada pelajar dalam menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan dan sayangkan kepada tanah air tercinta. Sejarah mengenai erti kemerdekaan kepada pelajar. Penerangan berkaitan sejarah- sejarah penjuang tanah air.

Aktiviti

Menyanyikan lagu-lagu patriotik dengan penuh semangat. Pelajar mengibarkan bendera dan melaungkan Merdeka sebanyak 7 kali. Seterusnya, penyampain hadiah untuk kuiz kepada para pemenang. Kuiz yang diadakan adalah berkaitan dengan Pusat Internet 1Malaysia dan  bulan kemerdekaan. Dengan cara ini, dapat meningkatkan pengetahuan dan memudahkan untuk pelajar mengingati tentang ilmu yang disampaikan. Selain itu, ia turut memupuk semangat cintakan Tanah Air.

Gambar disini

Tarikh : 9 Ogos 2017
Masa : 2.00 petang - 4.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga 
Peserta : 12 orang

 

 

Tujuan

kelas ini dihadiri oleh 12 orang pelajar sekolah. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan taklimat mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak. Antara modul yang dikongsikan bersama pelajar seperti maklumat palsu, buli siber, berkongsi secara berlebihan ( oversharing) dan penipuan internet. Petugas menyampaikan taklimat mengenai Advokasik Klik Dengan Bijak seperti modul -modul yang diajar untuk memberikan penerangan kepada pelajar untuk tidak salah menggunakan internet. Ia juga dapat meningkatkan pengetahuan tentang kebaikkan dan keburukan internet semasa di kelas atau di luar kelas.

Aktiviti

Para pelajar diajar cara untuk memastikan sama ada kandungan maklumat yang diterima sahih atau palsu. Selain itu, pelajar diajar untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa buli siber dan suka berkongsi maklumat secara berlebihan kerana akan membahayakan keselamatan pelajar. Penipuan internet diajar kepada pelajar supaya pelajar tidak mengambil langkah yang salah. Contohnya, jika ada seorang yang menelefon pelajar dan ahli keluarga dengan meminta membuat transaksi kepada akaun orang lain, mereka hendaklah membuat laporan di balai polis berhampiran. Seterusnya, membiuat kuiz untuk menguji sejauh mana kefahaman pelajar mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB).

Tarikh : 19 Ogos 2017
Masa : 8.30 pagi - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga 
Peserta : 22 orang

 

Tujuan

Tujuan prorgam ini diadakan adalah untuk memberikan peluang kepada usahawan atau bakal usahawan mempelajar teknik pemasaran secara langsung atau tidak langsung. Program ini khas buat usahawan yang ingin mempelajari ilmu pemasaran, pengurusan kewangan, pengursan perniagaan dan media baru seperto Facebook dan Instagram. Ia juga dapat meningkatkan kemahiran dalam pengurusan perniaganan usahawa atau bakal usahawan.

Aktiviti

Usahawan atau bakal usahawan diajar cara untuk menguruskan pemasaran, kewangan dan perniagaan dengan menyediakan beberapa  modul yang diberikan dan mempraktikkan semasa di dalam kelas. Selain itu, usahawan dan bakal usahawan diajar cara untuk menggunak media baru seperti Facebook dan Instagram. Contohnya, cara untuk membuat page facebook dan istagram . Ini juga merupakan salah satu pemasaran yang digunakan oleh perniaga - perniaga yang berjaya. Seterusnya, diajar cara untuk membuat post atau iklan dengan menggunakan aplikasi Canva.

Gambar disini