Tarikh : 20 Februari 2018
Masa : 2.00 petang - 5.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga 
Peserta : 8 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan untuk memperkenalkan medium baru iaitu E-pembelajaran. Pelajar diberikan penerangan mengenai kegunaan e-pembelajaran  dalam konsep belajar dan ulangkaji pelajaran.Selain itu, petugas mengadakan kuiz kepada pelajar untuk menhguji dengan menjawab kuiz berdasarkan pengethuan am.

Aktiviti

Para pelajar diperkenalkan beberapa medium yang dapat digunakan untuk mencari nota dan mengulangkaji pelajaran. Selain itu, para pelajar dapat mempelajari pengetahuan am di dalam kelas. Akhir sekali. petugas mengadakan kuiz online untuk para pelajar.

Gambar Disini

 

Tarikh : 12 Februari 2018
Masa : 7.00 malam - 10.00 malam
Lokasi : Surai Kg Saujana Bt28 Lenga 
Peserta : 25 orang

 

Tujuan

Program yang diadakan adalah untuk menyemarakkan nilai kerohanian dan kemasyarakatan di kalangan komuniti setempat. Program Asmaul Husna diadakan pada setiap bulan untuk mengeratkan hubungan silaturahhim diantara jkkk dan komunti setmpat. 

Aktiviti

Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah solat magrib berjemaah bersama tok penghulu dan komunti setempat. Selepas itu,ceramah asmul husna. Input yang disampaikan adalah mengenai kelebihan dalam asmaul husna dan manfaat jika kita mengamalkannya. Akhir sekali, solat isyak berjemaah dan jamuan.

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 26 Januari 2018
Masa : 3.00 petang - 6.00 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini dihadiri seramai 2 orang pelajar. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara untuk membuat poster dan flyers yang menarik.

Aktiviti

Para pelajar diajar menggunakan canva untuk membuat poster dan flyers. Sesi pembelajaran dibahagikan kepada dua kepada dua sesi. Sesi pertama pelajar diajar cara untuk membuat poster. Sesi kedua pelajar diajar cara untuk membuat flyers. Dengan ini, pelajar tahu cara untuk membuat poster dan flyers. 

Gambar Disini

 

 

Tarikh : 18 Januari 2018
Masa : 2.30 petang - 4.30 petang
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga 
Peserta : 1 orang

 

Tujuan

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan media baharu. Memberikan penerangan kepada pelajar cara menggunakan media baharu.

Aktiviti

Para pelajar diperkenalkan dengan beberapa media baharu seperti facebook, whatsapp dan instagram. Pelajar diajar cara menggunakan facebook dengan menggunakan telefon pintar. Seterusnya, pelajar mempelajari cara menggunakan whatsapps dan instagram.

Gambar Disini

 

Tarikh : 20 Januari 2018
Masa : 9.00 pagi - 10.00 pagi
Lokasi : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga 
Peserta : 2 orang

 

Tujuan

Kelas ini diadakan adalah untuk mempelajari cara untuk membuat akaun emel untuk pelajar. Pelajar diberikan modul dan penerangan mengenai kegunaan emel yang dapat digunkan oleh pelajar. Selain itu, pelajar diajar menggunakan komputer dan memperkenalkan kompenan komputer.

Aktiviti

Mempelajari cara membuat akaun emel yang baru. Pelajar memasukkan butiran yang diminta untuk membuat akaun emel. Selain itu, pelajar diajar cara untuk menggunakan emel dan tetapan akaun. Selain itu, pelajar diajar cara untuk menulis dan mengirim emel kepada pelajar lain untuk menunjukkan cara kegunaan emel dengan lebih jelas.

Gambar Disini