Tarikh | : 26 Ogos 2018 |
Masa | : 01.30 petang - 03.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini dihadiri seramai 10 orang pelajar Sekolah Agama Pekan Lenga dan seorang pelajar Sekolah Jenis Kebangsaan Cina. Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mengadakan pertandingan kuiz kemerdekaan sempena bulan Kemerdekaan iaitu pada bulan Ogos. Kelas ini juga memberikan galakkan kepada pelajar untuk menyemarkan semangat cintai tanah air dengan slogan tahun ini "Sayangi Malaysiaku".
Aktiviti
Para pelajar menjawab kuiz kemerdekaan yang diberikan oleh petugas. Antara kuiz yang disediakan dalam pertandingan seperti mencari perkataan tersembunyi, menjawab soalan dengan isi tempat kosong dan teka silang kata. Aktiviti seperti ini dapat meningkatkan pengetahuan kepada pelajar tentang sejarah tanah air.
Tarikh | : 25 Ogos 2018 |
Masa | : 01.30 petang - 03.30 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 10 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk menyemarakkan semangat patriotik dikalangan pelajar untuk lebih mendalami erti Kemerdekaan. Selain itu, pelajar mengenali sejarah tentang kemerdekaan dan mengenali perjuang tanah air. Seterusnya,pengenalan modul Advokasi KDB seperti buli siber, maklumat palsu, penipuan kewangan dan perkongsian berlebihan supaya pelajar menggunakan internet dengan betul.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah dengan menyanyikan lagu-lagu patriotik dan pertandingan menjawab kuiz kemerdekaan dengan slogan tahun ini "Sayangi Malaysiaku". Seterusnya, penyampaian hadiah kepada pelajar yang menang dalam pertandingan kuiz kemerdekaan dan menyemarkan semangat nilai-nilai patriotik kepada pelajar.
Tarikh | : 28 Julai 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 01.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 6 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan bertujuan untuk pelajar mempelajari cara menggunakan microsoft powerpoint dengan betul. Pelajar diajar cara untuk menggunakan microsoft powerpoint dengan membuat pembentangan dan latihan yang diberikan oleh petugas. Selain itu, pelajar mengetahui cara untuk menggunakan microsoft powerpoint untuk membuat kerja sekolah dan kerja khusus yang diberi oleh guru.
Aktiviti
Antara aktiviti yang pelajar lakukan adalah membuat biodata diri sendiri. Selain itu,pelajar membuat pembentanagn di kelas untuk memberikan keyakinan kepada pelajar untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan kelas. Seterusnya, pelajar membuat kerja dalam kumpulan antara rakan kelas untuk bertukar pandangan dalam menggunakan microsoft powerpoint dengan kreatif.
Tarikh | : 4 Ogos 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 06.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Felda Lenga |
Peserta | : 22 orang |
Tujuan
Bengkel E-usahawan diadakan bersama MDEC adalah untuk memberikan peluang kepada usahawan disekitar Mukim Lenga untuk mempelajari teknik pemasaran dalam talian, menggunakan aplikasi yang memudahkan untuk usahawan, teknik copywriting untuk mengiklan dan google trends untuk mencari jualan atau produk yang mendapat sambutan di kalangan rakyat Malaysia. Selain itu, mengadakan Advoakasi Klik Dengan Bijak untuk memberikan tunjuk ajar melalui modal yang disediakan seperti maklumat palsu dan penipuan kewangan. Dengan penyampaian modul seperti ini memudahkan usahawan untuk lebih berhati-hati dan bijak dalam menggunakan internet dengan betul.
Aktiviti
Antara aktiviti yang dijalankan adalah mempelajari cara untuk membuat media sosial seperti page facebook dan instagram. Selain itu, mengenali jenis-jenis scammer di media sosial dan pemasaran dalam talian bersama MDEC dan petugas pusat internet.
Tarikh | : 21 Julai 2018 |
Masa | : 09.00 pagi - 05.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet Pekan Lenga |
Peserta | : 2 orang |
Tujuan
Kelas ini diadakan adalah untuk pelajar mempelajari cara menggunakan emel dalam penggunaan yang asas. Pelajar diberikan tunjuk ajar cara untuk pendaftar emel, cara untuk menggunakan emel seperti menghantar mesej, terima mesej dan lain-lain lagi. Seterusnya, pelajar diajar cara menggunakan sosial media baru seperti facebook. Petugas memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara menggunakan sosial media dengan betul dan selamat.
Aktiviti
Aktiviti yang dijalankan oleh pelajar adalah membuat pendaftaran emel, cara menggunakan emel, cara untuk membalas dan menghantar emel, cara untuk menyimpan dokumen dalam emel dan lain-lain lagi. Seterusnya, pelajar diajar cara untuk menggunakan sosial media iaitu facebook. Pelajar mendaftar akaun facebook, cara menggunakan facebook dengan betul dan selamat. Petugas juga memberikan taklimat kepada pelajar tentang penggunaan internet dan memperkenalkan Dashboard Komuniti.