Tarikh | : 6 Disember 2017 |
Masa | : 9.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 160 orang |
Tujuan
- Program ini diadakan adalah berpeluang untuk mendapatkan Produk Industri Kecil dan Sederhana serta peluang untuk meluaskan rangkaian perniagaan untuk usahawan ataupun IKS bagi mengembangkan perniagaan ke peringkat yang lebih tinggi. Selain itu, prograim ini juga memberikan peluang kepada Pusat Internet 1Malaysia untuk mempromosikan dan faedah kepada komuniti mengenai Pusat Internet 1Malaysia dan juga mempromosikan Aplikasi Dashboard komuniti.
Aktiviti
- Komuniti yang berkunjung di booth dengan memberikan penerangan mengenai Advokasi Klik Dengan Bijak dan Penggunaan Internet dengan bijak. Selain itu , memberikan flyers mengenai kemudahan dan kelas di PI1M, Kelas Usahawan dan Mobile E-waste. Seterusnya, mempromosikan Dashboard Komuniti dengan memberikan penerangan dan contoh yang ada di dalam aplikasi Dashboard Komuniti.
Tarikh | : 21 Disember 2017 |
Masa | : 8.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 18 orang |
Tujuan
Seramai 18 orang pelajar yang mengikuti Kelas Asas Fotografi.Tujuan kelas ini diadakan untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar cara mengambil gambar produk yang menarik dan mudah untuk digunakan sebagai promosi.
Aktiviti
Para pelajar diajar cara untuk mengambil gambar dengan mudah dan cantik. Para pelajar hanya menggunakan kertas manjung dan telefon untuk mengambil yang menarik. - Suntingan gambar yang dibuat untuk menampakan kualiti gambar tersebut. Selain itu, para pelajar mempelajari asas media baru dan kemahiran keusahawanan.
Tarikh | : 17 Disember 2017 |
Masa | : 8.00 pagi - 5.00 petang |
Lokasi | : Dewan Belia Kg Bt28, Lenga |
Peserta | : 63 orang |
Tujuan
Program yang diadakan adalah bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara kampung-kampung di kawasan Mukim Lenga. Ia juga dapat bersesuai kenal ataupun beramah mesra antara penduduk dengan ketua-ketua kampung dan penghulu Mukim Lenga. Oleh itu, program ini juga memberikan kepada usahawan dan agensi-agensi yang berada di kawasan Mukim Lenga. Pelbagai jualan dan juadah yang disediakan termasuk pameran agensi dan juga acara sukaneka rakyat, kenduri tahlil dan menyampai sumbangan dari Yang Berhormat Tn Hj Ismail bin Mohamed untuk pelajar-pelajar sekolah.
Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga dan Felda Lenga membuat pameran dan advokasi kepada pengunjung yang hadir. Penerangan mengenai PI1M , Advokasi Klik Dengan Bijak,aktiviti dan kelas di PI1M, perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan oleh pihak PI1M untuk komuniti.
Aktiviti
Pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya pameran IKS dan Agensi. Seterusnya, kenduri tahlil dan gotong-royong. Acara sukaneka rakyat untuk komuniti dan acara terbuka untuk kanak-kanak. Akhir sekali, penyampaian beg sekolah untuk pelajar sekolah dan penyampain sumbangan untuk warga emas.
Tarikh | : 1 Disember 2017 |
Masa | : 8.00 pagi - 2.00 petang |
Lokasi | : Pusat Khidmat Adun Bukit Serampang |
Peserta | : 54 orang |
Tujuan
Program pendaftran atau kemaskini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) adalah untuk membantu komuniti di sekitar kawasan Mukim Lenga dan Bukit Kepong. Tujuannya ialah untuk membantu komuniti seperti warga emas dan belia untuk membuat kemaskinin dan pendaftran baru. Dengan ini, dapat membantu komuniti yang tidak mahir dalam penggunaan komputer atau permohonan BR1M secara online.
Aktiviti
Pendaftaran untuk komuniti di Pusat Khidmat Adun Bukit Serampang. Pembahagian untuk kemaskini dan pendaftran untuk permohonan secara online (BR1M). Menyemak permohonan komuniti untuk memastikan permohonan tersebut betul.
Tarikh | : 28 Disember 2017 |
Masa | : 2.00 petang - 5.00 petang |
Lokasi | : Pusat Internet 1Malaysia Pekan Lenga |
Peserta | : 5 orang |
Tujuan
Seramai 5 orang pelajar mengikuti kelas belaajar origami. Kelas ini diadakan adalah bertujuan untuk pelajari cara membuat bentuk dengan menggunakan kertas. Dengan ini, dapat meningkatkan kreatif pelajar untuk membuat pelbagai. Para pelajar dapat mempelajari teknik membuat origami dengan betul dan cepat.
Aktiviti
Para pelajar diajar cara membuat origami dengan melihat tutorial di youtube. Pelbagai bentuk yang dipelajari antaranya bentuk ikan,rama-rama, buku nota dan lain-lain. Selain itu, para pelajar membuat tutorial origami dalam berkumpulan bersama-sama petugas.